
Tuesday, December 28, 2010
Friday, December 24, 2010
Thursday, December 23, 2010
Azam Tahun Baru
Wednesday, December 22, 2010
ho..ho...ho....merry christmas...

so dikesempatan ini aku nak wish suma famili sebelah mummy aku dan suma kawan - kawan aku yang menyambut x'mas ni...MERRY CHRISTMAS TO U ALL...
bagi sapa sapa yang ondaway balik kampung tu ati - ati d jalan raya yer....semoga perjalanan korang selamat...
apa pun...harap korang enjoy sakan tapi tetap ingat kat aku...hihihihihi
kebaikan yogurt
??????????????????????????
hihihi...bagi aku orang yang macam ni memang tak patut dijadikan kawan okey...sebab menyemak friends list aku jak pada masa akan datang..orang yang ada sikap cakap belakang ni patutnya di kenakan..maksud aku kenakan guna cara psychoanalyse...
im just an ordinary people!!! but try to respect me... then i'll respect u....
and one more thing... dont try to judge me....coz i never judge the others...
Wednesday, December 15, 2010
mood bercuti
esok aku cuti weiiiii, aku cuti ni, betul la kak jijah aku cuti ni ( apahal lak kak jijah ada kaitan ngan cuti aku??? konfius )...korang sila la jeles. esok aku cuti bermakna blog aku pun akan bercuti sehingga aku balik...so teda entry terbaru akan aku updatekan d blog ni. tapi.......................balik dari cuti nanti kita story - story yer.
sebelum cuti ni nak tinggalkan pesan ni...
ain dan nik...sila jaga ketenteraman ofis sepanjang ketiadaan aku yer...hahahaha ( tetiba feeling - feeling jadik bos )
takda la...saja jak tu nak trip2 bos siap tinggal2 pesan tu mana tau ada rezeki aku jadi bos pula...hahahaha....
cuti ni balik kampung husband jer ( hahaha mesti korang hampa baca ni kan?beriya2 cakap cuti macam nak p cuti di luar negara padahal area sabah gak )...tak da la jauh mana pun...area beaufort tu gak sekali nak jumpa adik - adik aku yang comel loteh tu, connie dan boy...wah...adik aku da gaji da time tu...so buat adikku connie sila lah simpan duit gaji ko tu bagi belanja kakak ko ni shopping...hahaha...boleh???( siap buat muka kiut tak tentu hala )
di KK nanti nak amik gambar banyak2 sebab nak kalahkan gambar family aku yang bercuti di luar negeri tu ( kes tak puas ati bab babah aku tak bawa aku sekali )...hahaha...kan musim perayaan konfom suma shopping mall akan dihiasi ngan perhiasan x'mas..dan misi aku pada masa tu nak cari santa claus nak minta hadiah sebuah rumah baru hahaha bole??
erm...nampak sangat la aku exited gila nak cuti kan???saja jak tu bagi korang manas baca blog ni then korang pun akan berkobar - kobar nak cuti gak..hahaha...bagi siapa yang tak dapat cuti tu harap korang tabah melihat gambar yang bakal aku upload nanti pas balik dari cuti..hihihi
p/s : nak bli topi ala2 pantai la...nak jadi macam pelancong dari luar negara...hihihi
Tuesday, December 14, 2010
Destiny ♥
syuker sangat ngan lagu ni tau...sebabnya???sebab???nak tau sebabnya???
sebab...lagu ni ada sentimental value buat aku ngan hubby aku...
big thanks 2 my Mr.B sebab terima aku seadanya ( walaupun dia dok marah tengok perangai bininya yang tak tentu hala...hahahaha )....semoga kita sentiasa hepi2 gitu...hihihihi..
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
tetiba lak dengar lagu ni mood nak jiwang - jiwang muncul...ahakksssss
hihi...bagi sesiapa yang tengah hangat bercinta tu...enjoy this song ya...
Monday, December 13, 2010
jom make up...
korang suka tak bersolek???aku suka tau...biasa la pompuan kan...mana ada pompuan yang tak suka bersolek???mana??mana??sapa tu??bagitau kat aku...hahaha ( memanas jer tetiba )
aku suka sangat bab bersolek ni tapi nak tau rahsia tak...aku tak pandai nak bersolek...hahahahaha...bertapa haru birunya aku ni kan...beli make up set tapi jarang - jarang nak pakai...lipstick lak bermacam kolor...( macam la banyak sangat ) tapi jarang nak guna gak....
nak tau sebab nya...sebab pertama tadi aku da bagitau kan...sebab aku tak pandai bersolek...alasan kedua aku ialah disebabkan aku selalu kerja syif malam so aku tak pakai make up langsung la..nanti bila aku pakai konfom kawan aku satu keja akan cakap apa kena da ngan aku ni kan buang tabiat kot...hahahahaha....iyer la aku keja malam pun bukannya buat apa pun...kalau tak der panggilan tu tidur la aku ngan kawan aku jawabnya...
tapi bila da tengok tutorial ni...aku rasa cara dia tunjuk kat kita cara - caranya memang best...step by step dia kasi tengok...so kita pun dapat la buat ikut yang dia buat kan...
so kini aku da tau da serba sedikit cara make up yang natural macam ni...suka tau bila tengok ada perubahan pada kita bila bersolek ni...da la cantik bertambah gik kecantikan dan kejelitaan aku tu...( hahaha...memang buang tabiat da ni kalau da macam ni )
so jom layan tutorial ni yer...make up yang ringkas tapi cantik tau....
Wednesday, December 8, 2010
lupa lagi
Tuesday, December 7, 2010
Mariah Carey - Angels Cry ft. Ne-Yo
jom layan lagu ni...ni la lagu yang lama da dengar tapi baru tahu tajuknya...percaya ker x??percaya la...hihihi
bila boring melanda diri
keboringan aku bertambah bila suma lak rancangan d TV ni bukan main poyo...cuba la ada rancangan - rancangan yang best2 kan...bole gak online sambil update blog sambil tengok TV...wah...banyak pula kena buat tu...hahaha....
kawan - kawan sepejabat pun lama gik ni datang...da syif dorang masuk keja jam 9 mlm tak kan la pula nak datang seawal ni semata - mata nak tengok muka aku yang kiut lagi cantik ni kan???hahahaha....
adui...macam mana nak hilangkan keboringan aku ni yer???erm...
hoi!!!!!!
yang aku membebel dalam blog ni apasal lak kan???hahahahahaha..
-
-
-
-
-
-
--
-
-
-
-
-
--
-
-
-
-
-
--
ni la kejadiannya bila aku duduk sorang - sorang di ofis ni...huhuhu...cian sesangat la....
Sunday, December 5, 2010
pergi buat selamanya...
buat arwah mama ( nenek sebelah hubby ) yang telah pergi untuk selamanya...semoga arwah tenang berada di sana...
Monday, November 22, 2010
minyak wangi...ooo....minyak wangi
Tapi korang tau tak perbezaan jenis2 haruman yang korang pakai tu??maksud aku kan selalunya bila kita beli minyak wangi konfom la ada tulis kat botol tu Eau de Parfum or Eau de Toilette kan???erm…jom kita amik note tentang tu…pas ni senang la kita nak buat pilihan kan….
* ‘Perfume’, juga dipanggil ekstrak atau ‘extrait perfume’, mengandungi 15-40% pati. Ia merupakan perfume yg paling asli dan oleh itu harganya adalah yg paling mahal.
* ‘Eau de parfum’, mengandungi 7-15% pati. Ini merupakan jenis yang paling popular dan banyak digunakan. Baunya tahan lama dan kebiasaannya murah sedikit daripada ‘extrait perfume’.
* ‘Eau de toilette‘, mengandungi 1-6% pati. Baunya lebih ‘light’ dan kurang tahan lama berbanding ‘Eau de parfum’. Pada asalnya ia direka sebagai ‘body splash’ untuk menyegarkan bau tubuh badan di waktu pagi.
* ‘Eau de cologne’, adalah sama seperti ‘Eau de toilette’. Cuma pada asalnya ‘Eau de cologne’ adalah ramuan campuran wangian segar dengan minyak citrus, yang dipopularkan oleh Napoleon.
* ‘After shave‘, mengandungi pati yg paling sedikit berbanding dengan yg lain.
p/s : selalunya aku pakai Johnson & Johnson punya cologne jer…hahahaha…nak trip2 baby gik…hihihi
Sunday, November 21, 2010
Thursday, November 18, 2010
Sesame Street: Elmo's Song
suka rancangan ni masa kecik- kecik dulu...then my mum pernah bagitau yang aku akan lari menangis dan minta tutup tv bila big bird ada...hahaha...bila difikir balik...pelik juga aku ni takut ngan big bird yang x berapa nak big...hahahahaha...
apapun enjoy this song....
janji kita happy....

Saturday, November 13, 2010
nadiku....
enjoy this song...
Sunday, November 7, 2010
selalu dalam ingatan
buat family uncle takziah diucapkan...semoga mendiang uncle Jocky Wong dirahmati Tuhan....
Thursday, November 4, 2010
Sabah Negeri Di Bawah Bayu
Sabah yang terletak dibahagian Utara Borneo, iaitu kira – kira pada garis lintang 30 42’ ke utara dan garis bujur di antara 1150 20’ hingga 1190 15’ ke timur. Ia merupakan negeri kedua terbesar di Malaysia dengan keluasan kira – kira 73,620 kilometer persegi…( hehehehe…ni nak belajar geografi ni…)
Erm…okey cukup untuk latar belakang Sabah yang ringkas tu yer… kalau korang nak tau lebih korang google sendiri yer...hihihi
ni peta Sabah


Okey…sedikit info tentang bendera ni…
Warna biru zikron melambangkan keamanan dan ketenteraman, putih melambangkan kemurnian dan keadilan, manakala merah cili melambangkan keberanian dan keyakinan. Warna biru salji melambangkan kekuatan dan semangat kerjasama.
Lima jenis warna itu melambangkan 5 buah bahagian pentadbiran negeri dan bentuk Gunung Kinabalu melambangkan negeri Sabah…..
Da abis nda sedikit sebanyak tentang bendera Sabah ni kan???
Bagi yang tak pernah ke sabah contohnya rakyat dari Sarawak dan Semenajung Malaysia jom la datang ke Sabah…best tau…macam – macam tempt korang bole pergi…bole lihat berbagai kebudayaan masyarakat Sabah ni…
Tak percaya ker???tak percaya korang layan pic yang aku amik dari google ni…jangan lak ingat mentang - mentang la aku amik dari goole jer nampak cantik tempat tu okey…kalau korang datang dan tengok sendiri mesti korang akan cakap…”betul la macam gambar yang kita tengok kat google kan???”…betullllll…konfom korang akan cakap macam tu punya la…hihihi…
Tapi sebelum tu kita kena tau gak kan apa makanan tradisional yang ada di Sabah kan??berbagai variasi tau tapi aku hanya bagi korang tengok sikit jer…sebab kalau korang nak rasa makanan tradisional tu kena la datang sendiri dan cuba sendiri makanan – makanan tu baru la puas ati kan…
Jom jalan – jalan cari makan
ni adalah mee tuaran

ni lak rempeyek


ni hinava..


ni lak sagor ikan pari...sedap ni tau...da pernah rasa da yang ni...

dan ni pula tuhau...sedap juga ni..hihihi. makanan ni ada yang dibuat jeruk dan ada yang dimakan macam tu yer, macam sayur...just tumis then makan...hihi

ni di kota belud...Usukan Cave...rasa nak pi tempat ni la pas ni...

ni lak Tawau Hills Park atau lebih dikenali sebagai tempat air terjun table

ni tempat di sungai Tagal - Fish Massage...entry yang lepas aku da cerita ni pengalaman pergi fish massage ni...geli owhh.....jinak jer ikan - ikannya


ni Simpang Magayau Kudat...dihujung Sabah....

ni pula kat Nexus Golf Resort Karambunai...cantik tau tempat ni...

tempat ni porpular bagi pasangan yang baru kahwin honeymoon...Mataking Island di Semporna

of course ni la Gua Madai yang kaya dengan hasil sarang burung layang - layangnya....

nampak gambar monyet hidung panjang ni kan???monyet ni lebih dikenali sebagai monyet Bayau....ni kat Labuk Bay di dearah Sandakan

ni di Klias River di dearah Beaufort...tempat ni hubby aku cakap pelancong nak tengok kunang - kunang...pernah dengar kunang - kunang???ala...yang serangga berlampu pada waktu malam tu...itulah kunang - kunang...dan ada juga monyet bayau tu di tempat ni...

nak cari kraftangan untuk sourvenir???korang bole pergi ker Handicraft Market ni...kat KK jer...lebih dikenali sebagai Pasar Filipin...napa dipanggil pasar filipin tu saya tak tau la pula...tapi memang cantik - cantik la sourvenir buatan tangan di sini...

ni Kinabalu Park kat Kundasang....banyak - banyak tempat, tempat ni la yang saya paling suka...

ni Garama Wetland...tempat ni belum pernah pergi gik...kat Beaufort....


Banyak gik sebenarnya tempat menarik di sabah ni…kalau nak tau korang cari kat www.sabahtourism.com. Semua informasi tentang tempat perlancongan korang bole dapat…kira complete la....
bila tengok tempat - tempat menarik ada di Sabah ni tak salah kan kita melancong di negeri sendiri???sebab tempat kita pun ada kelas apa???pas ni kalau ada kesempatan gik kita cerita pasal keistimewaan negeri - negeri lain pula yer...
Juliet The Orange - The Days
suka dengar lagu tau zaman sekolah - sekolah dulu...kalau tak silap album ni 1+1=3...zaman - zaman sekolah dulu suka sangat dengar orang main gitar...
ada macam - macam gik koleksi lagu dorang ni...lain kali aku publish untuk share ngan korang yer....sebenarnya dorang ni semua berbakat tapi ntah mana silapnya kan dorang sunyi macam tu jer...konsep muzik dorang ni yang buat orang minat sangat ngan lagu2 dorang...kalau sapa yang lahir sama tahun ngan aku tu mesti tau lagu2 dorang ni...dan mesti tau album 1+1=3 tu...
enjoy....
Wednesday, November 3, 2010
da janji kan
jom layan pic barang - barang ni suma...
ni bag khas buat little princess my mum & babah...suka yang teramat bila baby dapat barang ni tau....dia kan minat hello kitty kena pula tu beg tu kolor pink...hihihi
ni rantai khas buat baby juga...da dia puteri kesayangan my parents so...memang selalu dia la yang didahulukan....hihihi
okey...ni handbag aku okey....mummy & babah aku beli beg ni sempena harijadi aku yang x lama gik...xperla...show off awal2 kat korang hadiah harijadi aku yang ke27...heehehe
aku dapat juga dompet Alain Delon....thanks mummy & babah....luv u.....
okey...janji da ditepati kan???walaupun ni suma hadiah 4 my bufday dan mungkin bagi korang ianya tak la semahal yang korang fikirkan macam Gucci, LV dan macam2 gik la, xper la janji da bagi tengok korang awal2 hadiah- hadiah ni....so...korang bila lak nak bagi aku hadiah harijadi ni???hahahahaha...nanti bole aku show off lagi kat blog ni...hehehehehe
kisah adikku connie
ni la lovely couple...mummy & babah...romantik kan???
korang nak tau satu rahsia ker???my babah jarang senyum tau...kalau senyum pun x nampak gigi...so entry kali ni exclusive korang nampak babah aku senyum gigi dia nampak...hihihi
ni la pic dorang tanpa aku dan adik aliff....ish...ish....
ni lak kalau nak tau...begini la keadaan adik aku bila dia lapar yang melampau...memang x senonoh betul...hahahaha tengok muka menyampah dia kasi time ni...hahaha....benci betul tengok bila dia lapar...sakit ati nak layan perangai dia ni...
tapi
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
bila makanan da depan mata...semua dia x sedar...hahahaha....memang makan secara rakus okey ouls...hahahahaha...x tengok kiri kanan okey.....
erm....minum jan x minum...ni konfom makan pedas ni sebab tu la macam ni kejadian....hehehehehe
have u ever???
ada kes bila aku di sindir dan di cakap kerana seolah - olah aku bersikap riak..hanya disebabkan aku suka membuat entry berkenaan kegembiraan aku berkongsi bersama rakan - rakan tentang sesuatu perkara...napa perlu bersikap macam tu???macam agnes kata kalau da sakit mata tu membaca entry kamiorang just klik "X" jer...tak susahkan??tak terniat pun dalam hati ni bila sesuatu entry yang di publish itu untuk menunjuk - nunjuk pada orang lain...hello!!!!...come on la...sekarang kan da zaman moden...apa pun bole kita ceritakan pada blog kita sendiri...da nama pun blog tu kita yang punya...
"blog ini Cuma tempat mengisi kekosongan,bila free maka berblog la,dalam berblog pula boleh share information, janganlah fikir apa yang diupload tu sengaja mau tunjuk2….ianya sekadar untuk berkongsi.Kalau pun tak sudi baca Cuma boleh klik X pada hujung skrin…tak susah bukan??????Macam mana mau maju kalau saling jelous kan???so fikir2kanlah………" ni copy dari entry agnes ni...jan marah ya nes...aku copy tak bagitau ko...hehehe
kita pun yg tak femes ni boleh luah apa saja....
tak kira melalui blog,facebook or twitter....
dah namanya skrg alaf 21 teknologi tanpa sempadan....
kan...kan.....hehehehe.....
dalam hidup ni kalau terlalu fikir kan hal orang lain tak bgs juga...
kegembiraan orang lain jangan di cemburui sapa tau kehidupan kt sebenarnya juga lebih baik kan...
so just think it....." ni lak copy dari blog ain...hehehehe...setuju sangat - sangat...
bagi aku la kan...daripada mengata orang yang bukan - bukan bagus gik korang yang selalu tak puas hati tu buat blog sendiri untuk diri korang then baru bole menilai orang lain...sebab korang takkan rasa macam mana kami blogger ni rasa bila sesuatu perkara yang kami rasa nak kongsi dipertikaikan...sungguh tak adil okey!!!
so buat semua blogger terutamanya buat kawan - kawan aku, agnes ( davneslove.com ), ain ( purpleain.blogspot.com ) dan nik ( sinta7.blogspot.com ) jangan berhenti daripada berkongsi apa pun kegembiraan korang bersama...abaikan jer orang yang ada sikap cemburu tu...sentiasa aktif berblogging yer korang...buktikan pada orang yang tak mahu melihat kelebihan orang lain itu yang kita mampu...dan buat la kejelesan orang ni sebagai satu gik cabaran buat kita...chayo!!!chayo!!!
buat orang yang tak puas hati ni...kalau tak nak baca blog kitaorang, kitaorang tak pernah paksa korang baca okey....hahahaha...
Tuesday, November 2, 2010
sesi untuk aku show off
Sunday, October 31, 2010
i'm old enough...
info tentang rancangan ni :
captures the refreshing wonder, amazement and charm of little children going " big adventures " running errands on their own for the very first time...
pernah x tengok rancangan ni???setiap hari Ahad jam 6.00ptg sampai 6.30ptg...best tau rancangan realiti dari jepun ni..kadang - kadang kalau tak dapat tengok rancangan ni rasa rugi sangat - sangat...yang bestnya pasal rancangan ni kisah tentang budak - budak yang berumur antara 3 - 5 thn yang disuruh berdikari sendiri tau..ada yang emak bapa dorang suruh p beli barang la, p pos barang la, amik barang la...dan yang paling best bila semua tu budak - budak kecik ni yang buat...kalau kita d malaysia ni maybe tak sanggup kot biar anak kita buat benda tu sendiri kan????
owh yer....anges pun suka gak rancangan ni...hihi...agnes ada tengok ka rancangan ni tadi erk???hihihi...apa pun korang kalau ingat tengok la rancangan ni yer...cute betul budak - budak kecik yang berdikari....comel...
Friday, October 29, 2010
pernah ka terfikir???
Bila tengok orang lain siap ada side income gik rasa macam nak juga sebab gaji aku ni bukan lah besar sangat, bila ada kehendak yang nak dipenuhi mau tak mau kena sabar menunggu, biasa la kan pompuan ni, kadang2 bila nampak benda tu cantik ker apa ker mesti nak kan???x terkecuali la aku ni, minat aku pada handbag memang x dapat d bendung tau, tapi bila aku mau kan sesuatu aku jarang nak minta hubby aku sebab aku tau aku bole beli ngan duit aku sndri, cuma lambat la baru aku dapat benda yang menjadi kesukaan aku tu…tapi macam mana nak mulakan mencari side income tu yang susah tu…hubby aku selalu cakap kat aku buat la benda yang betul2 aku minat untuk dijadikan side income aku nanti…aku minat sangat nak buat2 kek ni…tapi aku rasa tak yakin lak kalau nak jual kat orang…iya la kan, kepuasan pelanggan tu penting tau…kalau setakat untuk famili2 aku jak yang makan aku berani la buat kek tu..aku da ikut macam2 kursus atau kelas2 latihan membuat kek untuk jadikan aku yakin tentang kemampuan aku tapi kan…aku memang rasa macam tak bole…sampaikan famili n hubby aku cakap aku kena berfikiran positif…da cukup aku berfikiran positif tau…sampaikan ada yang salah faham tentang diri aku ni…
Erm…macam mana nak mulakan untuk mendapat side income ni yer??bole korang tolong bagi cadangan tak???
Thursday, October 28, 2010
nak makan ala buffet???ala barat???apa yang perlu kita tahu??
So…jom kita kongsi sedikit tentang adab makan ala buffet dihotel…
1. kalau ada tertamu kehormat, biarkan beliau memulakan mengambil makanan dahulu…
2. selalunya kita lihat ada sesetangah orang mengambil makanan tu bagai nak rak kan…siap penuh 1 meja dorang dengan makanan yang diambil..jangan sesekali buat macam tu okey…apabila kita memulakan makan, janganlah penuh piring / pinggan kita tu dengan makanan yang akhirnya tak dapat diabiskan…ambil makanan secukupnya, bila rasa nak lagi la contohnya…boleh la kita ambil lagi…da namanya buffet kan…
3. jangan terlalu lama dimeja buffet untuk membuat pilihan sebabnya ini akan menganggu aliran pergerakkan tetamu yang lain…
4. tips penting ni untuk kaum hawa…kalau korang berpasangan ngan teman lelaki korang untuk makan buffet, lebih manis kita ditemani oleh pasangan ke meja buffet untuk mengulangi mengambil makanan…tapi bagi yang tidak membawa pasangan lelaki, teman pompuan pun bole…so tak la ketara sangat kan yang kita ni lapar sangat hehehe…
5. sudu, garpu, dan pisau diletakkan menyudut tiga segi di antara satu dengan lain, di mana cabang garpu hendaklah ditelangkup ke bawah apabila belum selesai makan…ada satu kes di mana ni terjadi dengan kawan aku tau….dia lentangkan kedudukan garpu dan sudu dia…so mestilah pelayan hotel tu sangka kita da abis makan kan???pelayan tu angkat la pinggan dia..tak ker kita akan merasa malu nak minta pring, garpu n sudu yang baru disebabkan kita belum abis makan???so take note okey…sudu n garpu yang dilentangkan hanya apabila kita suda selesai makan…
6. jangan menggunakan garpu, sudu atau pisau menonjolkan kemuka teman anda…ni kena ingat sangat – sangat masa kita tengah- tengah syok bergurau senda tu yer…kalau kena kemuka teman tak ker padah buat kita…hihihi
6. makan dengan bibir yang rapat…maksud aku tu jangan la pula kita mengunyah siap dengan bunyi kunyahan tu…buruk sangat tau bunyinya…hehehehe
so…ni jak yang aku tau sikit pasal nak makan – makan buffet kat hotel2 ni…kalau ada yang silap tentang informasi aku ni minta maaf bebanyak yer…sebab aku ni pun jarang juga makan ala – ala buffet ni…hahaha…suka gik makan dekat gerai – gerai or restoran biasa – biasa jer…tapi x salah kan kalau kita tau protokol – protokol ni sebab mana la tau tetiba lak rasa nak makan ala buffet di hotel kan….
So…selamat berBUFFET dengan gembiranya uols…
Monday, October 25, 2010
akhirnya...
.jpg)
muka B yang teruja sebab nak celebrate bufday dia...
.jpg)
adik aliff menjadi sukarelawan nyalakan api d lilin kek...
.jpg)
time ni hubby cakap dia rasa nak nangis jer sebab terharu dengar my family nyanyi lagu bufday untuk dia....
.jpg)

buat agnes lak..hepi bufday to you juga...semoga diberikan kesihatan yang baik jer...kira kami dua ada azam tau...azam kami agar tahun depan teda la kami dua amik MC or EL lagi...hihi....
last sekali nak wish hepi bufday buat loren a.k.a kasyah...hihihi...semoga bertemu jodoh ko ya loren...tapi satu jer pesanan yang mesti ko simpan sampai bila "INGAT PESAN MAMA"...hihi
Saturday, October 23, 2010
ermmm...di mana kah????
so d pendekkan cerita aku kena cari juga sampai dapat benda tu...mau x mau balik dari keja ni kena hambur gik rumah then bila aku fikir - fikir kalau da menghambur rumah untuk mecari benda tu, aku kena susun balik kan???adui....kira banyak keja aku ari ni tau...hihihi
Monday, October 4, 2010
Happy Birthday B
esok harijadi hubby aku...ni la kali pertama hubby sambut birthday ngan aku selama berapa tahun kami bercinta dulu...hihihi...iyer la kan kami ni kira cinta jarak jauh..aku d LD dan hubby d KK...nasib baik da kawin ni tinggal sama - sama sebab keja di tempat yang sama..kalau x???( lu fikir la sendiri yer... )
buat B..semoga dipanjangkan umur, semoga dimurahkan rezeki kita, semoga B diberikan kesihatan yang baik, semoga B menjadi seorang suami yang baik buat sayang ( da memang baik pun selama ni..cuma kena upgrade sikit gik...hihihi ) dan semoga jodoh kita berpanjangan...hadiah B tu nanti syg belikan okey...tapi kena amik masa yang lama sikit sebab hadiah yang B minta tu susah sangat...( boleh???)
LUV U B...;P
Saturday, October 2, 2010
bila???macam mana??sapa???
Okey ni nak cerita la ni…sila baca dan hayati blog aku ni yer…hahahaha…serius la zie oiiiii!!!!...okey..okey aku serius la ni yer.
Aku start masa aku aktif kat friendster dulu..masa tu aku guna friendster untuk memblogging apa jer yang aku buat dan apa jer kejadian – kejadian sama ada sedih atau happy aku masukkan dalam blog tu.. korang bole tengok jer kat rozyianah.blog.friendster.com…masa tu aku kira masi jakun gik bab –bab blog ni..hahahaha
Then aku beralih pada fotopages…ni lak keja agnes la ni…( salah kan agnes erk???x baik tau )..masa tu aku ingat gik agnes tengah pregnant..kira pembawaan baby calvin dia la kot..suka sangat dia baca fotopages nhmieza.fotopages.com..dia suka tengok gambar c adik Sofia masa tu…comel jer muka adik Sofia..pas baca tentang adik Sofia tu aku join agnes sekali gik baca tentang Kak Jemah kita ni..masa tu aku rajin baca viruspadu.fotopages.com..bila aku baca tentang anak pompuan dia, arwah Alesha Abriza tu aku nangis tau…terharu ngan pengorbanan seorang ibu buat anaknya yang masi kecil tapi bergelut ngan penyakit yang dialaminya buat aku tersentuh…jangan kan cakap aku jer yang nangis masam baca tu, agnes pun sama…naluri seorang ibu kan mesti ada pada setiap orang pompuan....then bila agnes mula nak buat fotopages dia sendiri aku pun nak juga ( x nak kalah okey…hahahaha )..masa tu, bila aku da edit gambar, aku akan buat berabis tau…agnes la yang banyak ajar aku…thanks yer nes sebab layan karenah aku ni kalau da x taut u memang banyak tanya..hahahaha…
So aku create la gjie83.fotopages.com…syok x ingat masa tu…eksen pun ada tau sebab bangga ada fotopages sendiri…wahahahaha…ketara sangat la jakun aku masa tu..hihikk…
Pas tu agnes ada bagitau aku yang kak Jemah kita ada blogspot da..rajin benar la aku tengok blogspot dia viruspadu.blogspot.com x pun viruspadu.com. agnes cakap kat aku napa aku x buat blogspot sendiri…masa tu agnes da ada da blogspot dia davnes.blogspot.com..masa tu kan ntah napa aku ada malas sikit tau..lama juga agnes balik – balik tanya soalan yang sama kat aku n aku just jawab nanti la…bila da aku tengok agnes seolah – olah beriya – iya nak ajak aku buat blogspot tu aku join juga la..masa tu aku la create gjie83.blogspot.com..semua cerita tentang famili aku terutama sekali tentang puteri famili kami baby…then bila da tau sikit – sikit aku ajak lak dorang nik dan ras…then nik pula buat blog dia…masa ain baru masuk keja tempat kitaorang ni pun agnes ajak ain juga buat blog dia…tinggal ras gik la yang belum ada blog dia…maybe later la tu dia buat khas buat baby dia kan???
Sekarang ni aku ada blog lain gik…rozynn.blogspot.com…ala…yang aku pakai sekarang ni la..hehehehe…tapi aku akan sedaya upaya juga update kat gjie83.blogspot.com tau…
Kira sekarang ni apa pun masalah aku pasal blogspot ni aku akan tengok tutorial – tutorial yang ada…kalau masi juga aku rasa aku bengap x masuk ajar x lain x bukan agnes la jadi mangsa aku…hehehehe…dia la yg menjadi rujukan aku sekarang ni…
Erm…aku rasa ni la serba sedikit kisah macam mana aku boleh terjerbak tentang blog ni…aku selalu jadikan agnes ( davnes.blogspot.com ), kak Jemah ( viruspadu.com ) dan redmummy.com sebagai inspirasi aku untuk menulis d blog ni…thanks ya…
Dan bila korang da ada blog sendiri kan automatik kita akan minat bergambar n amik gambar…serius aku bagitau korang ni…apa bole buat jer aku belum ada kamera sendiri tau…tapi biarpun hanya menggunakan HP aku yang dulu – dulu ni aku x pernah miss nak amik gambar kalau ada event or apa jer la yang bole menarik perhatian aku untuk bergambar dan amik gambar…
Buat korang yang baca ni…x rugi bila kita buat blog kita untuk d kongsikan bersama..kita boleh berkongsi berbagai –bagai ilmu n informasi tau…kita juga bole melihat berbagai permasalahan orang lain yang kita bole anggap sebagai pedoman kita nanti…
JOM KITA MEM”BLOGGING” RAMAI –RAMAI…( ceh semangat sangat la tu )
Live Traffic Feed |