rozynn

rozynn

Followers

Search This Blog

precious moment

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, December 31, 2013

2014










Salam

Tak sedar masa berlalu dengan pantas kan?

Ni entry pertama aku untuk tahun 2014...

Azam baru korang?

Azam baru aku pula mana yang tak tercapai tahun2 yang lepas nak repeat balik la jadikan sampai tercapai...

Eh...aku ada penambahan azam untuk tahun ni tau

Kurangkan bershopping

Kurangkan bergossip

Kurangkan mengambil EL masa bekerja ( kira nak jadi BEST EMPLOYEE utk
2014...hahahahaha )

Kurangkan online FB... ( teda kaitan langsung )

Ada juga penambahan okey...asyik - asyik pengurangan jak kan

Tambahkan produktif bekerja...ceh...kira nak kekalkan imej bersopan santun time menjawab kol dr MOH...hahahaha

Tambahkan anak..hahaha...Mr. B silap fokus bab ni ya hahahaha

Tambahkan masa terluang dengan anak - anak...

Tambahkan simpanan untuk masa depan...

Okey tu jer yang di top up untuk tahun 2014 ni...sebab ada sedikit gik dari tahun - tahun suda yang masi belum tertunaikan...nanti banyak sangat di top up ntah bila nak tertunaikan yang lain - lain tu pula kan...

Apa pun aku ucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2014 SEMUA....

p/s : harga emas da turun yer dan akan semakin turun hahaha...Mr. B sila amik perhatian....hahahahaha


Saturday, December 28, 2013

X'mas 2013

 Salam,
Tahun ni sambutan x'mas family di buat di LD saja...takda sambutan x'mas d kampung nekyun tahun ni...suma family berkumpul di Taman Warisan..cuma aku jer yang tak join sekali sebab kena keja pada malam x'mas...

Pagi tu pas jemput aku balik kerja kami semua bersiap - siap awal untuk pi ke Taman Warisan lagi...tolong aunty - aunty bujang memasak sementara dorang sembahyang di gereja...memang tiap tahun pun mummy aku yang akan masak sempena x'mas ni...

Ira da siap da...comel kan? Gaun ni ditaja oleh nekyun - nekyun dia yang gojes...hihi...suka sangat ngan gaun Ira ni...nampak comel jer anak mummy pakai gaun ni...
 

 Sedondon kan? aku lak yang excited bila tengok anak -anak aku pakai sedondon macam ni...ekceli aku ada belikan dua beradik ni baju kat Padini aritu sedondon juga tapi sempena x'mas ni aku biarkan dorang pakai gaun ole - ole dari nekyun-nekyun dorang ni....


Ira mesti nak blurr sentiasa kan?hihi...


 Muka excited mau meraihkan hari x'mas ngan family sebelah mummy


 Sampai jer di Taman Warisan memang wajib la amik gambar kan


 Dua beradik ni amik pic berlatarkan X'mas Tree


   Suka sangat Ira...senyum lebar...


  Pas tu acara bagi hadiah x'mas buat nekyun woh iaitu nenek moyang Baby dan Ira...ni la nekyun aku...


  Ni gambar monyok baru abis nangis sebab kena ejek oleh mummy Tunik dorang...hihi...memang tiap - tiap tahun la anak aku Baby ni akan nangis kena buli oleh mummy Tunik dia...eh...Ira join sekali nangis masa ni..maybe dia tau kan kakak dia kena buli Mummy Tunik dorang..hihi


  Da abis acara bagi - bagi hadiah...kami gerak pula pi rumah aunty Etoi aku di taman Fajar...Ira siap tido...kepenatan agaknya...tapi bagus sangat tau Ira masa ni..tak la cerewet nak nangis kalau dia penat..dia menten jer..kalau dia rasa nak tido dia bantai jer tido tak kesah la tempat tu bising dengan keriuhan suara 0 suara tetamu..hihi


 Bangun - bangun jer nekyun Etoi dia amik gambar Ira...yang bestnya Ira ni kan dia cukup ker tak cukup ker tido bila dia bangun konfom ketawa @ senyum...gud girl sangat anak ni...sebiji macam Baby juga masa kecil...


 Gambar bersama Nekyun Etoinya


 Bersama Nekyun Woh nya pula



  Malam tu kami balik gik ker Taman Warisan sebab ada acara memotong kek X'mas..hihi..


  Ni la adik beradik pompuan mummy aku merangkap nekyun - nekyun dorang Baby dan Ira


 Abadi kan kenangan bersama moyang mereka


Keesokkan malam nya pula kami kuar gik...kali ni beraya di tempat neksai aku...pakcik kepada mummy..


 Ira sempat posing ngan Mummy Tunik dan nekyun peng & nekyun TT



Sekali lagi gambar ngan Nekyun Etoi nya


Suka ngan gambar ni...Baby & Ira bergambar ngan Nekyun, Nekyun Etoi & Nekyun WOh




Itu saja la cerita X"mas 2013 kali ni...korang p mana sempena cuti X'mas ni?buat family ku ( sebelah mummy ) SELAMAT MENYAMBUT HARI NATAL....semoga kebahagian dan ikatan kekeluargaan kita sentiasa teguh walaupun berlainan fahaman agama...

p/s : Nekyun = Nenek, Neksai = Datuk, Nekyun Woh = Moyang

Saturday, November 30, 2013

30????really????

Salam....

28hb aritu genap la umur aku 30tahun...macam tak percaya jer da masuk 3series ni kan...tapi itu la hakikatnya yang umur kita setiap tahun akan meningkat...seperti tahun - tahun yang suda memang takda la celebrate bagai...cuma ucapan SELAMAT HARI JADI saja yang aku terima dari orang tersayang, family dan kawan - kawan....terima kasih banyak - banyak atas ucapan selamat korang dan sebab ingat harijadi aku yer...( walaupun ada yang ingat sebab kuar notification bday aku d FB hihihi )


Bila umur da meningkat ni cara pemikiran kita pun sedikit sebanyak akan berubah sedikit demi sedikit kan???macam tu juga la aku...dari seorang yang amat degil ( ikut kepala otak sendiri jer ), cepat merajuk, cepat high temperature, syukur Al-hamdulillah semua tu semakin hilang dari diri ni...tak la sekaligus tapi sekurang - kurangnya aku da dapat kontrol da hihi....

Harapan aku sempena aku masuk 3series ni agar kehidupan kami sekeluarga sentiasa bahagia dan dimurahkan rezeki...walaupun Mr.B da bekerja jauh dari kami anak beranak sekurang - kurangnya aku bersyukur sebab ekonomi kami semakin stabil dan berharap akan terus stabil....

Kali ni nak share ngan korang pic kesayangan aku hihi...





Mr.B aku merangkap BFF aku...teman aku bergaduh, merajuk, ketawa malah menangis...terima kasih B sebab sudi menjadi teman baik sayang....( ceh jiwang tetiba )...

Thanks juga sebab telefon sayang n wish sayang pagi tu walaupun agak lewat dengan alasan kredit B abis...hahahaha...sanggup ok laki aku ni pepagi gik pergi ke kedai pakistan semata - mata nak top up hahahaha...siap bagitau aku gik dia baru kuar dari kedai tu n kol aku dalam keta hahaha...


Ni anak pertama aku...Baby...walaupun da jadi kakak tapi nama Baby tu akan kekal sampai la dia besar...hihi...teman aku bergaduh juga ni tapi BFF aku kalau bab shopping dan p saloon....ada anak da perawan macam ni memang seharusnya jadi BFF mak2 la kan...hihi...

Thanks sayang sebab lahir dalam hidup mummy....tanpa Baby mesti mummy sunyi tau sebab teda kawan nak bawa bergaduh manja hihi...terima kasih sebab jadi seorang anak yang bijak di sekolah dan sentiasa buat mummy dan daddy bangga setiap kali datang ke sekolah untuk TT buku rekod Baby...semoga menjadi anak dan kakak yang baik ya Baby...luv u...


Ni la anak kedua aku...Ira...kehadiran Ira betul - betul mengubah kehidupan aku...iya la kan Baby da besar senang jer aku atur sekali Ira hadir dalam keluarga kami hihi...kelam kabut sikit ok...mana lagi daddy dorang jauh dari kami kira semua aku handle sendiri...tapi syukur sangat - sangat sebab setakat ni Ira senang untuk dijaga hihi...ni bila besar pun bole jadi BFF mummy da join sekali ngan kakak Baby dia hihi....



Dan disebabkan ini juga la aku rasa aku tak perlu aku minta hadiah yang memahal sempena besday aku ni sebab 
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Ni la hadiah paling beharga yang pernah aku dapat seumur hidup aku...Mr.B, Baby dan Ira...luv u all so much....



Selfie keluarga kecil aku....



p/s : kan aku cakap taknak hadiah memahal kan???memang la aku x nak memahal sangat tapi kalau da Mr.B tanya nak apa konfom la aku bagitau apa aku nak kan...hahahaha...rugi tu kalau kata kat dia tak nak apa2 hahahaha.....sebab da dia sendiri tanya kat aku nak hadiah apa untuk besday tahun ni...nanti kita apil balik kat KK ya Mr.B..hihihi

apapun...HAPPY BIRTHDAY TO ME.....

Sunday, November 24, 2013

Lama sangat kan?

Salam...

Lama sangat tak update kan? dan seperti biasa alasan aku MALAS hihi...ntah sampai bila la PN.MALAS tu nak tukar jadi PN.RAJIN kan?

Entry kali ni saja jer nak share pic kesayangan aku dua orang ni...

Si bujur sireh dan c bolat..hihi

 Semoga anak mummy dua orang ni sentiasa diberi kesihatan yang baik...membesar dengan sihat, menjadi anak yang bijak dan solehah....

Wednesday, September 18, 2013

Cemburu tapi tetap sayang

 Salam
Just nak share sikit info pasal anak -anak yang jeles ngan adik mereka sendiri
aku pun da alami situasi di mana Baby jeles ngan adik dia Ira...maybe dia lama takda adik kan ( 9 tahun baru Baby ada adik kecil ) 

Masa mula - mula tu memang susah la nak handle sebab kita tegur jak sikit konfom la airmata bercucuran jatuh then merajuk dengan lamanya dan bila adik dia start nangis bila malam dia akan marah tau sebab dia kata adik Ira dia kacau time dia nak tidur..hihihi...macam - macam kan perangai budak - budak...kena - kena lagi daddy dia sekarang ni kerja d KK so pemantauan tu aku yang kena buat sendiri...

Tapi proses kejelesan Baby tak la amik masa yang lama dalam dua minggu pertama tu jer...sekarang tak lagi da...nasib baik la jumpa info ni kat Pakcik Google kan...so sikit sebanyak membantu aku dalam mengatasi sifat cemburu Baby pada adik dia...tq Pakcik Google sebab selalu bagi input yang pelbagai...

Jadi aku kongsi kan juga la pada korang yer....jom baca apa yang aku dapat dari Pakcik Google ni...kira aku copy paste la ni kan...minta kebenaran yer....



.::Cemburukan Adik Baru

Sifat cemburu di kalangan kanak –kanak sering ditonjolkan apabila seseorang menerima kehadiran adik baru. Kadang-kadang ibu bapa boleh naik angin ketika berhadapan dengan karenah mereka.

.::Kesan cemburu

Cemburu kepada adik baru boleh menjadi sebab kepada pelbagai masalah. Ia boleh menjadi lebih parah sekiranya dibiarkan. Oleh sebab kemahiran komunikasi dan bahasa mereka masih belum berkembang sempurna, pada peringkat usia begini, luahan cemburu sering ditunjukkan menerusi kelakuan-kelakuan mudah mengamuk. Selain itu kencing malam, hilang selera makan juga petanda emosinya tidak tenang. 

Kesan cemburu juga mengakibatkan terjadi perbuatan-perbuatan yang agresif seperti memukul atau menyakitkan adiknya yang mungkin akan mendatangkan kecederaan. Oleh itu, pupuklah rasa sayang mereka kepada adik yang bakal lahir agar rasa cemburu dapat dielak.

.::Terdapat beberapa perkara yang anda boleh lakukan untuk menyediakan anak anda menerima orang baru dalam keluarga.

1. Mula memberikan contoh keluarga yang mempunyai bayi, supaya anak anda dapat membiasakan diri dan berasa seronok.

2. Perkenalkan anak anda kepada bayi yang baru lahir. Ini dapat memberikan gambaran betapa bayi tidak berupaya melakukan sesuatu dan anak anda akan berasa kesian terhadap mereka.

3. Bawa anak anda ketika temujanji pemeriksaan kehamilan anda. Berikan anak anda merasai kedudukan kandungan yang bergerak dan melihat alat pengimbas. Jika anak anda mengikut proses kehamilan anda, anak anda akan terujga menantikan kelahiran adik yang baru dan ini dapat mengurangkan perasaan cemburunya.

4. Beritahu anak anda bagaimana bayi yang baru lahir memerlukan bantuan dan mungkin akan kerap menangis tanpa sebab. Ini dapat membantu anak anda menjadi lebih bertanggungjawab dan bertolak ansur dengan kerenah adik barunya kelak.

5. Alihkan katil bayi dari pandangan anak anda. Ini boleh membantu anak anda melupakan katil tersebut untuk seketika. Ini memudahkan anda untuk meletakkan bayi anda di katil bayi tersebut dan pada ketika itu anak anda tidak lagi memikirkan katil tersebut sebagai katilnya.

.::Apa yang perlu dielakkan?

1. Memberitahu kehadiran adiknya nanti adalah sebagai teman bermainnya. Hal ini kerana tempoh hamil sangat panjang dan selepas kelahiran adik barunya hanya akan menyusu dan tidur sahaja, tidak akan menjadi teman sepermainannya sepantas itu.

2. Melarang dia daripada menghampiri atau menyentuh adik kerana caranya yang agak kasar. Biasanya anak pada usia ini akan memeluk adiknya dengan terlalu kuat atau mencium dengan kerap. Tindakan ini menunjukkan ia sedang keliru dengan perasaan sendiri. Sebaik-baiknya tegur dengan cara yang baik dan ajar dia cara untuk menyentuh dengan cara yang lembut.

3. Pada peringkat umur ini, anak akan mudah cemburu melihat orang lain mendapat perhatian. Ia ditunjukkan dengan pelbagai hal seperti mahu ibu memakaikan baju untuknya, mahu didukung seperti adik dan disuapkan ketika makan walhal dia sudah pandai melakukannya sendiri. Usah cepat melenting. Kawal emosi dan anggap anak anda sedang menyesuaikan diri dengan keadaaan baru.

4. Mendukung adik baru ketika memperkenalkan kepadanya. Tindakan ini akan menyebabkan anak anda berasa terpinggir dan anda lebih menyayangi adiknya.

5. Orang sekeliling lebih menumpukan perhatian kepada adiknya berbanding dirinya. Anda perlu meminta ahli keluarga atau rakan-rakan untuk tidak ketinggalan bercakap mengenai si kakak atau abang agar perhatian yang diberikan lebih seimbang.
 
.::Tahukah anda

Jarak umur antara anak dua hingga empat tahun akan mencetuskan perasaan cemburu yang ketara kepada anak yang lebih tua. Manakala jarak umur 18 bulan atau lima tahun ke atas mempunyai risiko yang lebih rendah.

( nasib baik la jarak umur Baby ngan adik dia 9 tahun...so Baby cepat faham bila aku terang sesuatu pada dia...hihi )


17hb Sept aritu Ira genap sebulan...

Ira memang suka senyum...


Kakak Baby memang suka sangat la nak kiss - kiss Ira ni..tapi Ira buat tak tau jer hihi


Terima kasih Allah kerana memberi kesempatan untuk aku ngan Mr.B mencurahkan kasih sayang kami pada dua orang anak pompuan yang comel ini...

"NURUL ATIQAH SYAZWANNI & NURUL AIMY SYAHIRAH
DADDY & MUMMY SAYANG KAMU SANGAT- SANGAT
SEMOGA MENJADI ANAK YANG SOLEHAH...AMIN"


Friday, September 13, 2013

Selamat Hari Jadi Baby

 Salam

Hari ni harijadi Baby yang ke-9...sebenarnya tak rancang pun nak celebrate ari ni sebab da janji ngan Baby bawa dia jalan - jalan di KK ujung bulan ni Insya Allah...

Seingat aku minggu lepas aku ada order kek coklat ngan ofis mate aku Ana...last minit aku sms dia bagitau tak jadi sebab cadangan asal kan tak jadi nak sambut bufday Baby...sori bebanyak ya Ana..

Tapi aku terpaksa juga buat kek last minit untuk dia sebab Baby kata sambut kecil - kecilan saja di rumah, biasa la kan budak - budak ni nak juga tiup - tiup lilin ni...mau tak mau aku siapkan juga kek dia petang tadi..hahaha

Ini la hasilnya....simple jer kan..janji ada


 Baby potong kek harijadinya...pic ni aku send juga kat Daddy dia yang berada di KK walaupun esok daddy dia balik cuti sekejap ( Mummy Baby da lompat bintang da dalam bilik bila daddy baby cakap nak balik )








Baby tiup lilin



Buat anak mummy Baby,

Selamat Hari Jadi Sayang...mudah - mudahan diberikan kesihatan yang sentiasa baik, di panjangkan umur, dimurahkan rezeki dan menjadi anak yang solehah..Amin

Daddy, Mummy dan Adik Ira sayang Baby ketat - ketat tau..

p/s: perasan tak piccas entry kali ni baby potong kek dulu baru tiup lilin?hihi salah aku la ni upload terbalik tapi malas nak upload balik secara teratur...sori yer...harap - harap korang faham yer....

Friday, August 30, 2013

Ahli Baru

 Salam

Perkenalkan ahli baru dalam family kami Nurul Aimy Syahirah...nama manja - manja dia Ira... lahir pada 17.08.2013 bersamaan dengan ari Jumaat aritu....

Semoga dengan kehadiran Ira di samping daddy, mummy dan kakak Baby akan menyerikan lagi family dan ikatan yang terjalin semakin utuh...Amin..

 Ira suda berumur 15 hari da...dan aku bole cakap dengan bangganya Ira berumur 11 ari hahaha..sori atas kesilapan itu yer kawan - kawan...

Setakat ni teda masalah untuk menjaga Ira, biasa la kan baby yang baru lahir ni memang kuat tido...dia bangun bila nak susu ataupun nangis bila diapers dia da penuh jer.. hihi.. tak selesa la tu kan

Kebanyakkan gambar Ira adalah tidur


 Dan tidur lagi

  Gambar yang ni pula aku amik semalam...macam tau - tau jer kan mummy dia da nak amik gambar muka siap budjet kiut lagi


 Senang ati sangat Ira bila mummy panggil kan...siap senyum lagi..hihi


  Ni la rutin kakak Baby yang baru...setiap masa nak kiss-kiss saja la dan Ira walau kena kacau macam mana pun dia tetap menten tidur...hahaha


 Tidur mesti nak sama - sama...gambar ni masa kakak baby baring - baring bawa adik Ira dia tengok katun upin ipin kononnya...macam la adik dia da pandai tengok kan..hihi

 Kakak Baby sekarang ni walaupun da jadi kakak da sekarang ni dia tetap 1st ranking princess kami dan dia jer bole juga tittle baby tu kat rumah...hahaha...mummy Connie ( adik aku ) kata ada unsur kejelesan di situ hahaha

Kakak Baby jangan risau yer...mummy n daddy luv both of u kakak Baby & Ira so much

Saturday, July 27, 2013

Acara Tahunan Tiap Kali Ramadhan

 Salam...

Tiap kali Bulan Ramadhan tiba kami sekeluarga konfom akan cuba luangkan masa kami untuk berbuka bersama - sama...

Syukur Alhamdulillah tahun ni kami sekali lagi dapat meluangkan masa berbuka bersama - sama dan kali ini seperti tahun lepas kami sekeluarga memilih untuk berbuka puasa di Executive Hotel...

Kami bertolak awal dari rumah sebab takut jalan jem biasa la di mana - mana tempat pun akan dilanda jem teruk bila waktu petang lebih - lebih lagi di Bulan Ramadhan ni...

Sampai jer kami kat hotel tu...pihak hotel da siap - siap da letak nama di meja yang mereka sediakan untuk kami...kira masa tu aku rasa hotel tu da penuh da orang tempah sebab masa kami sampai tu kira da ramai da orang duduk menunggu waktu untuk berbuka...

Sebelum berbuka sempat juga la snap - snap..hihi..biasa la kan aku mana boleh dipisahkan ngan kamera...

Ni gambar aku bersama dua orang kesayangan aku...gambar ni macam blur jer kan..biasa la pakai hp jer pun hihi...hp pun model dolu - dolu la kiranya tu la gambar pun macam tak cantik kan...tapi tak per janji kitaorang bergambar


 Baby bersama orang paling penting dalam hidup dia...Nek Yun ( Mummy aku ) & Nek Sai ( Babah aku )


 Ni adik bongsu aku, kami gelar dia Aliff  dan nama penuh dia Syazwann


 Adik pompuan aku Connie bersama husband dia..kalau korang tengok sekali imbas kan muka husband connie ni ada iras - iras ngan Mr.B kan..ramai yang ingatkan dorang ni adik - beradik dan aku n adik pompuan aku tu yang berbiras..hahaha
Maafkan kerterEDITan yang melampau ni yer...adik aku ni memang nak yang cantik2 saja haha


 Tak sabar Baby menunggu masa untuk berbuka...siap intai - intai da dia  nak amik aiskrim hahaha...tapi aku kata kat dia mesti makan nasi dulu belakang - belakang jer makan aiskrim tu..hihi..menu paling dia suka masa ni adalah sotong goreng...berkali - kali Baby menambah okey...da namanya buffet so aku biarkan jer ikut kemahuan dia nak makan sebab jarang sangat budak ni nak makan banyak melainkan mummy dia da bertukar menjadi singa..hihi


Ni adik aku yang no3...cian boy ni lambat dia sampai sebab dia kena abis keja jam 7 then kuar dari tempat keja da jammed giler area Perdana tu...nak - nak pun jam 7 lebih juga la dia sampai...masa dia sampai tu pun makanan da banyak yang abis dan lambat pula dorang nak top up makanan - makanan tu sebab maybe pekerja hotel ni pun tengah berbuka puasa juga kan..tapi sempat juga la kami standby amik kan untuk dia


 Tu babah aku la tu ntah round yang keberapa da babah ni...tu dia meninjau - ninjau bahagian dessert...hihi


Okey Baby da membontot da kat Nek Sai dia...memang nak makan Cendol n ABC la tu...siap pas tu dia balik ke meja dengan aiskrim lagi...nak larang pun susah da sebab da depan mata dia aiskrim tu kan so cara terbaik adalah kongsi dengan dia abiskan aiskrim tu padahal aku da nak muntah da kekenyangan masa tu tapi bila fikir takut budak kecik ni nanti batuk sebab makan sejuk banyak sangat mau x mau aku terpaksa juga abiskan..huhu


 Aliff minum kopi pun nak pose juga...hahaha...duta Kopi Jantan betul...



 Mesti la nak amik gambar ngan Nek Yun dia kan...da dia jer orang kesayangan di rumah sebab dia jer yang kecil hihi...bila kami ugut dia tak kena sayang nanti bila ada adik baru konfom baby terus mau nangis meraung - raung hahaha...takut sangat la tak kena sayang Nek Yun dia kan...bila da Nek Yun dia cakap walaupun ada adik nanti tetap kena sayang terus baby tengok aku ngan Mummy Tunik dia siap menjeling okey...hahahaha


Mr.B memang tak kan layan la amik - amik gambar ni...yang ni pun aku minta secara paksa okey..hahaha...Mr.B ni layan makan jer dia tau..;p


 Gambar Baby lagi kali ni dengan Mummy Tunik & Daddy Fero dia...manja..


 Da puas amik gambar guna hp aku kali ni guna hp Connie lak...best la hp ni...Mr.B tak lama gik bulan Nov kan...hahahaha memang pok silap sangat kan..lagi 3 bulan sebelum bulan Nov tau hahaha...motif???


 Tengok gambar aku...nampak sangat sakai aku ngan hp ni...


 Ni lagi...


Dan ini...


Ngan Mummy pula..hihi



Ni lak ngan Baby lagi..


Baby Gaga..hahaha...


Last sekali dua adik sengal aku ni mati - mati ngan gambar kat Yusuf Taiyoob...ada - ada jer...trep bagaikan pelancong yang baru sampai Lahad Datu sangat hahahaha


Tu jer la ceta pasal buka puasa ni...hihi...nanti aku update lak juadah kami berbuka dirumah yer...dan yang paling penting tiap kali kami berbuka di rumah semua makanan itu adalah hasil titik peluh aku memasaknya walaupun aku tak reti sangat memasak...tapi sekarang semua pun senang sebab Pakcik Google kan ada...hahahaha


p/s : Insya Allah tahun depan akan ada lagi acara kami sekeluarga macam ni...sebab bila Mr.B da pindah kerja ke KK bulan depan adalah susah untuk aku ngan baby dan family aku untuk berbuka puasa dengan dia da tahun depan...silap - silap raya jer baru jumpa Mr.B..huhu...mood sedey tetiba lak aku

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...