Sabah yang terletak dibahagian Utara Borneo, iaitu kira – kira pada garis lintang 30 42’ ke utara dan garis bujur di antara 1150 20’ hingga 1190 15’ ke timur. Ia merupakan negeri kedua terbesar di Malaysia dengan keluasan kira – kira 73,620 kilometer persegi…( hehehehe…ni nak belajar geografi ni…)
Erm…okey cukup untuk latar belakang Sabah yang ringkas tu yer… kalau korang nak tau lebih korang google sendiri yer...hihihi
ni peta Sabah


Okey…sedikit info tentang bendera ni…
Warna biru zikron melambangkan keamanan dan ketenteraman, putih melambangkan kemurnian dan keadilan, manakala merah cili melambangkan keberanian dan keyakinan. Warna biru salji melambangkan kekuatan dan semangat kerjasama.
Lima jenis warna itu melambangkan 5 buah bahagian pentadbiran negeri dan bentuk Gunung Kinabalu melambangkan negeri Sabah…..
Da abis nda sedikit sebanyak tentang bendera Sabah ni kan???
Bagi yang tak pernah ke sabah contohnya rakyat dari Sarawak dan Semenajung Malaysia jom la datang ke Sabah…best tau…macam – macam tempt korang bole pergi…bole lihat berbagai kebudayaan masyarakat Sabah ni…
Tak percaya ker???tak percaya korang layan pic yang aku amik dari google ni…jangan lak ingat mentang - mentang la aku amik dari goole jer nampak cantik tempat tu okey…kalau korang datang dan tengok sendiri mesti korang akan cakap…”betul la macam gambar yang kita tengok kat google kan???”…betullllll…konfom korang akan cakap macam tu punya la…hihihi…
Tapi sebelum tu kita kena tau gak kan apa makanan tradisional yang ada di Sabah kan??berbagai variasi tau tapi aku hanya bagi korang tengok sikit jer…sebab kalau korang nak rasa makanan tradisional tu kena la datang sendiri dan cuba sendiri makanan – makanan tu baru la puas ati kan…
Jom jalan – jalan cari makan
ni adalah mee tuaran

ni lak rempeyek


ni hinava..


ni lak sagor ikan pari...sedap ni tau...da pernah rasa da yang ni...

dan ni pula tuhau...sedap juga ni..hihihi. makanan ni ada yang dibuat jeruk dan ada yang dimakan macam tu yer, macam sayur...just tumis then makan...hihi

ni di kota belud...Usukan Cave...rasa nak pi tempat ni la pas ni...

ni lak Tawau Hills Park atau lebih dikenali sebagai tempat air terjun table

ni tempat di sungai Tagal - Fish Massage...entry yang lepas aku da cerita ni pengalaman pergi fish massage ni...geli owhh.....jinak jer ikan - ikannya


ni Simpang Magayau Kudat...dihujung Sabah....

ni pula kat Nexus Golf Resort Karambunai...cantik tau tempat ni...

tempat ni porpular bagi pasangan yang baru kahwin honeymoon...Mataking Island di Semporna

of course ni la Gua Madai yang kaya dengan hasil sarang burung layang - layangnya....

nampak gambar monyet hidung panjang ni kan???monyet ni lebih dikenali sebagai monyet Bayau....ni kat Labuk Bay di dearah Sandakan

ni di Klias River di dearah Beaufort...tempat ni hubby aku cakap pelancong nak tengok kunang - kunang...pernah dengar kunang - kunang???ala...yang serangga berlampu pada waktu malam tu...itulah kunang - kunang...dan ada juga monyet bayau tu di tempat ni...

nak cari kraftangan untuk sourvenir???korang bole pergi ker Handicraft Market ni...kat KK jer...lebih dikenali sebagai Pasar Filipin...napa dipanggil pasar filipin tu saya tak tau la pula...tapi memang cantik - cantik la sourvenir buatan tangan di sini...

ni Kinabalu Park kat Kundasang....banyak - banyak tempat, tempat ni la yang saya paling suka...

ni Garama Wetland...tempat ni belum pernah pergi gik...kat Beaufort....


Banyak gik sebenarnya tempat menarik di sabah ni…kalau nak tau korang cari kat www.sabahtourism.com. Semua informasi tentang tempat perlancongan korang bole dapat…kira complete la....
bila tengok tempat - tempat menarik ada di Sabah ni tak salah kan kita melancong di negeri sendiri???sebab tempat kita pun ada kelas apa???pas ni kalau ada kesempatan gik kita cerita pasal keistimewaan negeri - negeri lain pula yer...
No comments:
Post a Comment