rozynn

rozynn

Followers

Search This Blog

precious moment

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, October 31, 2010

i'm old enough...

heran napa tajuk macam tu yer???ni tajuk rancangan tv la korang....hihihi

info tentang rancangan ni :

captures the refreshing wonder, amazement and charm of little children going " big adventures " running errands on their own for the very first time...

pernah x tengok rancangan ni???setiap hari Ahad jam 6.00ptg sampai 6.30ptg...best tau rancangan realiti dari jepun ni..kadang - kadang kalau tak dapat tengok rancangan ni rasa rugi sangat - sangat...yang bestnya pasal rancangan ni kisah tentang budak - budak yang berumur antara 3 - 5 thn yang disuruh berdikari sendiri tau..ada yang emak bapa dorang suruh p beli barang la, p pos barang la, amik barang la...dan yang paling best bila semua tu budak - budak kecik ni yang buat...kalau kita d malaysia ni maybe tak sanggup kot biar anak kita buat benda tu sendiri kan????

owh yer....anges pun suka gak rancangan ni...hihi...agnes ada tengok ka rancangan ni tadi erk???hihihi...apa pun korang kalau ingat tengok la rancangan ni yer...cute betul budak - budak kecik yang berdikari....comel...

Friday, October 29, 2010

pernah ka terfikir???

Pernah ka korang terfikir sampai bila korang kena keja makan gaji???aku selalu fikir tau korang…sampai kadang2 tu kan rasa nak pecah kepala fakir sampai bila..


Bila tengok orang lain siap ada side income gik rasa macam nak juga sebab gaji aku ni bukan lah besar sangat, bila ada kehendak yang nak dipenuhi mau tak mau kena sabar menunggu, biasa la kan pompuan ni, kadang2 bila nampak benda tu cantik ker apa ker mesti nak kan???x terkecuali la aku ni, minat aku pada handbag memang x dapat d bendung tau, tapi bila aku mau kan sesuatu aku jarang nak minta hubby aku sebab aku tau aku bole beli ngan duit aku sndri, cuma lambat la baru aku dapat benda yang menjadi kesukaan aku tu…tapi macam mana nak mulakan mencari side income tu yang susah tu…hubby aku selalu cakap kat aku buat la benda yang betul2 aku minat untuk dijadikan side income aku nanti…aku minat sangat nak buat2 kek ni…tapi aku rasa tak yakin lak kalau nak jual kat orang…iya la kan, kepuasan pelanggan tu penting tau…kalau setakat untuk famili2 aku jak yang makan aku berani la buat kek tu..aku da ikut macam2 kursus atau kelas2 latihan membuat kek untuk jadikan aku yakin tentang kemampuan aku tapi kan…aku memang rasa macam tak bole…sampaikan famili n hubby aku cakap aku kena berfikiran positif…da cukup aku berfikiran positif tau…sampaikan ada yang salah faham tentang diri aku ni…


Erm…macam mana nak mulakan untuk mendapat side income ni yer??bole korang tolong bagi cadangan tak???

Thursday, October 28, 2010

nak makan ala buffet???ala barat???apa yang perlu kita tahu??

Korang mesti heran kan kenapa tetiba jak posting tentang cara makan yang betul..bukan apa, kita selalu lalai tentang protokol – protokol yang perlu kita titikberatkan…bagi kita mungkin perkara tu perkara yang remeh tapi bagi orang yang melihat kita masa tu tentu penilaian mereka lain kan???mesti ada orang akan bercakap dalam hati mereka macam ni “ ish…orang ni lain benar la cara dia makan”…tak baik juga untuk kita kan…bukan la nak jaga imej semata- mata tapi ni memang penting bagi kita…percaya la…terutamanya bila kita sedang menjamu selera dengan orang – orang atasan kita…

So…jom kita kongsi sedikit tentang adab makan ala buffet dihotel…

1. kalau ada tertamu kehormat, biarkan beliau memulakan mengambil makanan dahulu…



2. selalunya kita lihat ada sesetangah orang mengambil makanan tu bagai nak rak kan…siap penuh 1 meja dorang dengan makanan yang diambil..jangan sesekali buat macam tu okey…apabila kita memulakan makan, janganlah penuh piring / pinggan kita tu dengan makanan yang akhirnya tak dapat diabiskan…ambil makanan secukupnya, bila rasa nak lagi la contohnya…boleh la kita ambil lagi…da namanya buffet kan…



3. jangan terlalu lama dimeja buffet untuk membuat pilihan sebabnya ini akan menganggu aliran pergerakkan tetamu yang lain…



4. tips penting ni untuk kaum hawa…kalau korang berpasangan ngan teman lelaki korang untuk makan buffet, lebih manis kita ditemani oleh pasangan ke meja buffet untuk mengulangi mengambil makanan…tapi bagi yang tidak membawa pasangan lelaki, teman pompuan pun bole…so tak la ketara sangat kan yang kita ni lapar sangat hehehe…



5. sudu, garpu, dan pisau diletakkan menyudut tiga segi di antara satu dengan lain, di mana cabang garpu hendaklah ditelangkup ke bawah apabila belum selesai makan…ada satu kes di mana ni terjadi dengan kawan aku tau….dia lentangkan kedudukan garpu dan sudu dia…so mestilah pelayan hotel tu sangka kita da abis makan kan???pelayan tu angkat la pinggan dia..tak ker kita akan merasa malu nak minta pring, garpu n sudu yang baru disebabkan kita belum abis makan???so take note okey…sudu n garpu yang dilentangkan hanya apabila kita suda selesai makan



6. jangan menggunakan garpu, sudu atau pisau menonjolkan kemuka teman anda…ni kena ingat sangat – sangat masa kita tengah- tengah syok bergurau senda tu yer…kalau kena kemuka teman tak ker padah buat kita…hihihi



6. makan dengan bibir yang rapat…maksud aku tu jangan la pula kita mengunyah siap dengan bunyi kunyahan tu…buruk sangat tau bunyinya…hehehehe


so…ni jak yang aku tau sikit pasal nak makan – makan buffet kat hotel2 ni…kalau ada yang silap tentang informasi aku ni minta maaf bebanyak yer…sebab aku ni pun jarang juga makan ala – ala buffet ni…hahaha…suka gik makan dekat gerai – gerai or restoran biasa – biasa jer…tapi x salah kan kalau kita tau protokol – protokol ni sebab mana la tau tetiba lak rasa nak makan ala buffet di hotel kan….

So…selamat berBUFFET dengan gembiranya uols…

Monday, October 25, 2010

akhirnya...

tak lewat kan buat entry pasal bufday hubby aritu...masih dalam bulan oktober juga kan??kan???hahaha...sebenarnya lama da nak buat entry ni tapi aku da kehilangan kabel HP aku aritu kan...kan da bagitau aritu kan???kan??aku da jumpa da kabel HP tu dengan bantuan pembantu rumah kami...

ekceli kan hubby aku ni cakap, dia selalunya x sambut bufday dia..tapi aku lak lain...kalau da bufday aku jangan la berani2 x nak sambut okey...hahaha...( jenis memaksa ni nak sambut bufday ) so...aku wat la majlis bufday hubby secara kecil - kecilan d rumah dengan family aku..gembira tau bila dengar my babah n my mummy wish bufday kat hubby aku...terharu sangat2...malam tu hubby malu2 gik nak tiup n potong kek bufday dia sebab dia cakap dia rasa janggal, but.............................nak tau apa hubby cakap kat aku??????hubby aku cakap....................................................thanks bebanyak sebab susah2 nak masak untuk dia sempena bufday dia sebab hubby aku tahu yang aku ni bukannya terror sangat bab2 masak ni hahaha...tapi apa yang aku masak malam tu suma hubby makan sampai abis...siap cakap gik kununnya sedap masakkan aku tu ( ceh...pujian suami la membanggakan okey....)


so...malas la nak ceta kejadian bufday ni...lagipun lupa da apa yang berlaku masa tu...hahaha...terlalu lama terperuk dalam otak kan disebabkan kabel HP yang secara misteri hilangnya ntah ke mana...

ni la kek yang aku suru adik aku boy beli petang tu untuk sambut bufday B

muka B yang teruja sebab nak celebrate bufday dia...

adik aliff menjadi sukarelawan nyalakan api d lilin kek...

time ni hubby cakap dia rasa nak nangis jer sebab terharu dengar my family nyanyi lagu bufday untuk dia....

apa pun...semoga B sentiasa diberikan kesihatan yang baik...dimurahkan rezeki n semoga kita dikurniakan baby yer B....Luv U...
tak lupa gak nak wish hepi bufday buat my MIL...ibu sambut bufdaynya pada 10hb aritu...masa tu my SIL konvo tau...kira ibu dapat hadiah besar tahun ni...sambut harijadinya d tempat my SIL konvo....semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki ibu....

buat agnes lak..hepi bufday to you juga...semoga diberikan kesihatan yang baik jer...kira kami dua ada azam tau...azam kami agar tahun depan teda la kami dua amik MC or EL lagi...hihi....

last sekali nak wish hepi bufday buat loren a.k.a kasyah...hihihi...semoga bertemu jodoh ko ya loren...tapi satu jer pesanan yang mesti ko simpan sampai bila "INGAT PESAN MAMA"...hihi
untuk pengetahuan korang agnes n loren sambut hari lahir sama - sama okey pada 23hb yang lepas...best kan???bestnya sebab dapat sambut sekali...da namanya kan keja tempat sama...hihi
apapun...SELAMAT HARIJADI BUAT SEMUA YANG MENYAMBUT HARIJADINYA PADA BULAN OKT NI.....

Saturday, October 23, 2010

ermmm...di mana kah????

kira nak update blog ari ni...nak buat entry pasal bufday hubby 5hb ari tu...tapi dari semalam aku cari - cari d mana ka aku simpan kabel untuk HP aku ni???serata tempat da aku cari tapi teda jumpa...sakit ati betul la..

so d pendekkan cerita aku kena cari juga sampai dapat benda tu...mau x mau balik dari keja ni kena hambur gik rumah then bila aku fikir - fikir kalau da menghambur rumah untuk mecari benda tu, aku kena susun balik kan???adui....kira banyak keja aku ari ni tau...hihihi

Monday, October 4, 2010

Happy Birthday B

esok harijadi hubby aku...ni la kali pertama hubby sambut birthday ngan aku selama berapa tahun kami bercinta dulu...hihihi...iyer la kan kami ni kira cinta jarak jauh..aku d LD dan hubby d KK...nasib baik da kawin ni tinggal sama - sama sebab keja di tempat yang sama..kalau x???( lu fikir la sendiri yer... )

buat B..semoga dipanjangkan umur, semoga dimurahkan rezeki kita, semoga B diberikan kesihatan yang baik, semoga B menjadi seorang suami yang baik buat sayang ( da memang baik pun selama ni..cuma kena upgrade sikit gik...hihihi ) dan semoga jodoh kita berpanjangan...hadiah B tu nanti syg belikan okey...tapi kena amik masa yang lama sikit sebab hadiah yang B minta tu susah sangat...( boleh???)

LUV U B...;P

Saturday, October 2, 2010

bila???macam mana??sapa???

Mesti korang nak tau ni kan bila aku start dengan berdalah blog - blog ni kan???



Okey ni nak cerita la ni…sila baca dan hayati blog aku ni yer…hahahaha…serius la zie oiiiii!!!!...okey..okey aku serius la ni yer.



Aku start masa aku aktif kat friendster dulu..masa tu aku guna friendster untuk memblogging apa jer yang aku buat dan apa jer kejadian – kejadian sama ada sedih atau happy aku masukkan dalam blog tu.. korang bole tengok jer kat rozyianah.blog.friendster.com…masa tu aku kira masi jakun gik bab –bab blog ni..hahahaha



Then aku beralih pada fotopages…ni lak keja agnes la ni…( salah kan agnes erk???x baik tau )..masa tu aku ingat gik agnes tengah pregnant..kira pembawaan baby calvin dia la kot..suka sangat dia baca fotopages nhmieza.fotopages.com..dia suka tengok gambar c adik Sofia masa tu…comel jer muka adik Sofia..pas baca tentang adik Sofia tu aku join agnes sekali gik baca tentang Kak Jemah kita ni..masa tu aku rajin baca viruspadu.fotopages.com..bila aku baca tentang anak pompuan dia, arwah Alesha Abriza tu aku nangis tau…terharu ngan pengorbanan seorang ibu buat anaknya yang masi kecil tapi bergelut ngan penyakit yang dialaminya buat aku tersentuh…jangan kan cakap aku jer yang nangis masam baca tu, agnes pun sama…naluri seorang ibu kan mesti ada pada setiap orang pompuan....then bila agnes mula nak buat fotopages dia sendiri aku pun nak juga ( x nak kalah okey…hahahaha )..masa tu, bila aku da edit gambar, aku akan buat berabis tau…agnes la yang banyak ajar aku…thanks yer nes sebab layan karenah aku ni kalau da x taut u memang banyak tanya..hahahaha…



So aku create la gjie83.fotopages.com…syok x ingat masa tu…eksen pun ada tau sebab bangga ada fotopages sendiri…wahahahaha…ketara sangat la jakun aku masa tu..hihikk…



Pas tu agnes ada bagitau aku yang kak Jemah kita ada blogspot da..rajin benar la aku tengok blogspot dia viruspadu.blogspot.com x pun viruspadu.com. agnes cakap kat aku napa aku x buat blogspot sendiri…masa tu agnes da ada da blogspot dia davnes.blogspot.com..masa tu kan ntah napa aku ada malas sikit tau..lama juga agnes balik – balik tanya soalan yang sama kat aku n aku just jawab nanti la…bila da aku tengok agnes seolah – olah beriya – iya nak ajak aku buat blogspot tu aku join juga la..masa tu aku la create gjie83.blogspot.com..semua cerita tentang famili aku terutama sekali tentang puteri famili kami baby…then bila da tau sikit – sikit aku ajak lak dorang nik dan ras…then nik pula buat blog dia…masa ain baru masuk keja tempat kitaorang ni pun agnes ajak ain juga buat blog dia…tinggal ras gik la yang belum ada blog dia…maybe later la tu dia buat khas buat baby dia kan???



Sekarang ni aku ada blog lain gik…rozynn.blogspot.com…ala…yang aku pakai sekarang ni la..hehehehe…tapi aku akan sedaya upaya juga update kat gjie83.blogspot.com tau…



Kira sekarang ni apa pun masalah aku pasal blogspot ni aku akan tengok tutorial – tutorial yang ada…kalau masi juga aku rasa aku bengap x masuk ajar x lain x bukan agnes la jadi mangsa aku…hehehehe…dia la yg menjadi rujukan aku sekarang ni…



Erm…aku rasa ni la serba sedikit kisah macam mana aku boleh terjerbak tentang blog ni…aku selalu jadikan agnes ( davnes.blogspot.com ), kak Jemah ( viruspadu.com ) dan redmummy.com sebagai inspirasi aku untuk menulis d blog ni…thanks ya…



Dan bila korang da ada blog sendiri kan automatik kita akan minat bergambar n amik gambar…serius aku bagitau korang ni…apa bole buat jer aku belum ada kamera sendiri tau…tapi biarpun hanya menggunakan HP aku yang dulu – dulu ni aku x pernah miss nak amik gambar kalau ada event or apa jer la yang bole menarik perhatian aku untuk bergambar dan amik gambar…



Buat korang yang baca ni…x rugi bila kita buat blog kita untuk d kongsikan bersama..kita boleh berkongsi berbagai –bagai ilmu n informasi tau…kita juga bole melihat berbagai permasalahan orang lain yang kita bole anggap sebagai pedoman kita nanti…




JOM KITA MEM”BLOGGING” RAMAI –RAMAI…( ceh semangat sangat la tu )

Friday, October 1, 2010

kacang disko


ni la rupa kacang disko...sebenarnya aku pun baru tau orang kat LD panggil ni kacang disko...aku suka sangat makan kacang ni...aku selalu beli kat pakcik yang selalu bawa kereta sorong kat perumahan kami...pakcik tu bukan saja jual makanan ringan macam ni tapi juga jual pisang, ubi kayu n macam - macam gik buah-buahan...bayangkan punya la banyak dia bawa dengan hanya menggunakan kereta sorong...berat tu tau...tapi tabik spring la kat pakcik tu...walaupun da berumur tapi masi menten kuat....kalau berkesempatan nanti aku amik gambar pakcik tu yer..hihihi

morning

korang mesti jeles kan sebab aku kena keja pagi hujung minggu ni???sila la jeles okey...hahaha ( padahal dalam ati ni menyampah betul aku kena keja hujung minggu )..

esok pun aku keja juga...keja pagi gik tu...huhuu..tapi yang bestnya tu bulan ni jadual keja aku yang ditunggu - tunggu oleh semua helpdesk..hahahaha...keja malam setiap ari isnin sampai rabu...rest ari kahmis...aku pun suka jadual keja aku bulan ni...syok c ingat....

owh...yer...macam mana ngan agnes yer????tetiba lak aku ingat kat dia...cian tau agnes sakit masa keja malam ngan aku...sampai dia kol husband dia minta bawa p klinik...harap2 agnes cepat sembuh..malam tu sebenarnya takut juga tinggal sendiri d ofis...malam jumaat lak tu...hahahaha....macam - macam aku imagine da..hahahaha...tapi bila aku dengar bos aku belum tido gik so aku cakap dalam ati aku buat apa nak takut bos ada kat sebelah bilik jer...so apa gik aku tido ngan nyenyaknya sampai ke pagi...hahahaha....buat agnes cepat2 sembuh ok..makan ubat tu n ikut la pantang yang diberi oleh doktor...kena jaga makan tu..hihi...macam aku lak yang doktor...

erm...chat ngan adik aku pagi2 ni buat aku rindu lak kat dia...balik la korang suma d LD...ada juga kawan aku d rumah...ni korang balik time raya jer...x adil betul la...

apapun...harap pagi ni pagi yang bole buat korang semua hepi...sebab aku pun hepi tau pagi2 ni...klu da moody awal pagi tu x best la kan...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...