rozynn

rozynn

Followers

Search This Blog

precious moment

Daisypath Anniversary tickers

Monday, November 26, 2012

apa pun gelaran kamu untuknya

Tajuk entry kali ni memang  takda kait mengait or kena mengena pun Sempena Hari Ayah okey...LOL

Ekceli entry kali ni aku lebih tujukan pasal SUPER HERO aku sapa lagi kalau bukan babah aku

Sejak babah aku menjalani sesi dialisis aku lebih banyak berfikir tentang beliau...kalau dulu babah la yang paling aktif dan sihat dan jarang menunjukkan yang beliau sebenarnya menghidap penyakit kencing manis, lemah jantung mahu pun darah tinggi, mungkin disebabkan beliau ingin tunjukkan pada kami adik beradik yang beliau baik2 saja...kan babah aku sejak aku kecik lagi macho so dia mesti tunjukkan kemachoannya pada anak - anak yer tak??

ni pic masa babah masi sihat...kira konon2nya anak pompuan beliau dua orang ni ajak dia jogging..hahaha...jogging la sangat kan??baru sampai simpang rumah da terhegeh2 kami suma anak beranak...hehehehe

Sekarang ni suma aktiviti kami sekeluarga base pada jadual dialisis babah tapi syukur alhamdullillah suma tu x pernah menganggu aktiviti kami sekeluarga, sikit pun x...

Kadang2 bila melihat babah terpaksa kawal pemakanan dia aku tetiba rasa sebak mungkin kerana aku biasa lihat babah aku makan dengan sungguh berselera tapi bukan aku bermaksud skrg ni dia x berselera cuma pengambilan makanan tu di kurangkan dr yg sebelumnya dan sekarang ni babah kena kawal pengambilan air juga, kira dalam sehari hanya sebotol air mineral kecik...in case kalau haus sangat babah akan makan ice cube...

pic ni masa babah mula2 kena tahan d wad untuk buat dialisis dia yang pertama...pic ni bulan Mei kami  masa tu sempat juga sambut hari ibu d wad...kek besar tu bukan kami lahap abis pun sebab kami agih - agihkan pada nurse2 yang menjaga babah sepanjang babah admit d wad tu...dan masa tu babah pasang AVF untuk dialisis masi melalui leher...sekarang x lagi ok sebab babah da pasang AVF kat tangan dia so senang dan selesa da sikit...sekarang babah da gagah dan macho da...hehehehe
Sekarang ni adik lelaki aku la yang banyak menghabiskan masa dia bersama babah aku...dalam seminggu 3 kali dia temankan babah aku ke hospital untuk membuat dialisis..aku bersyukur sebab adik aku seorang yang patuh pada orang tua biarpun kadang2 panas baran dia tu datang hehehe...thnx boy...

Dirumah lak aku n adik pompuan aku la yang selalu agih2kan ubat yang perlu babah makan setiap ari...thnx connie

N thnx juga buat mr.B, fero ( hband connie ), adik alif dan baby sebab selalu bagi kata semangat buat babah...

Dan paling bertuahnya babah bila mempunyai wife mcm mummy disampingnya yang tidak putus memberi semangat baru untuk babah dan setiap kali pun x pernah putus doanya buat suami tercinta

Entry ni aku kira x nak la buat entry sedih2 tapi bohong la kan kalau aku kata x sedih langsung...sedangkan masa ni pun aku da sebak sangat...maybe aku kan lebih close ngan babah, anak babah la katakan ;p

Tujuan aku tulis blog pasal babah aku ni bukan bermaksud apa2 okey cuma kdg2 aku teringat semua kesalahan pernah aku wat dan orang pertama yg akan backing aku adalah babah aku tau biarpun ada ketikanya aku melawan arahan beliau tapi babah tetap akan bagi aku peluang untuk memperbaiki suma yang telah aku wat...thanx babah...

Sekarang ni biarpun babah akan menjalani dialisis untuk selamanya ( seumur hidup ) tapi babah da semakin sihat n sihat dan aku berdoa agar babah akan bertambah sihat....

ni la latest pic from babah...ni pun main paksa jer amik pic beliau sebab babah memang x suka sebenarnya amik - amik gambar ni sebab dia sendiri cakap yang dia rasa pelik bila tengok muka dia senyum...yes...babah memang x pernah senyum...serius jer memanjang tapi bila babah da melawak konfom guling - guling korang ketawa ok..hahahaha

P/s : ingat la...pada sesiapa yng merasakan yg bapa mereka suka marah, menyalahkan kita or kadang kita beranggapan yg mereka tu x perdulikan kita ternyata anggapan kamu tu SALAH...sebab sebenarnya sifat bapa adalah ingin melindungi dan inginkan yg terbaik buat diri kita, walaupun kita tak nampak apa yang pernah mereka buat untuk kita ( biasa la lelaki EGO tu kadang - kadang mengatasi segalanya ) sebab septtnya kita bersyukur kerana masi mempunyai mereka sekarang dan hargai la saat kita bersama merekea selagi kita masi berpeluang berbuat demikian....

entry untuk mummy??just tunggu yer...akan ada juga entry buat my most adorable mummy in the world...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...