Salam
Just nak share sikit info pasal anak -anak yang jeles ngan adik mereka sendiri
aku pun da alami situasi di mana Baby jeles ngan adik dia Ira...maybe dia lama takda adik kan ( 9 tahun baru Baby ada adik kecil )
Masa mula - mula tu memang susah la nak handle sebab kita tegur jak sikit konfom la airmata bercucuran jatuh then merajuk dengan lamanya dan bila adik dia start nangis bila malam dia akan marah tau sebab dia kata adik Ira dia kacau time dia nak tidur..hihihi...macam - macam kan perangai budak - budak...kena - kena lagi daddy dia sekarang ni kerja d KK so pemantauan tu aku yang kena buat sendiri...
Tapi proses kejelesan Baby tak la amik masa yang lama dalam dua minggu pertama tu jer...sekarang tak lagi da...nasib baik la jumpa info ni kat Pakcik Google kan...so sikit sebanyak membantu aku dalam mengatasi sifat cemburu Baby pada adik dia...tq Pakcik Google sebab selalu bagi input yang pelbagai...
Jadi aku kongsi kan juga la pada korang yer....jom baca apa yang aku dapat dari Pakcik Google ni...kira aku copy paste la ni kan...minta kebenaran yer....
.::Cemburukan Adik Baru
Sifat cemburu di kalangan kanak –kanak sering ditonjolkan apabila seseorang menerima kehadiran adik baru. Kadang-kadang ibu bapa boleh naik angin ketika berhadapan dengan karenah mereka.
.::Kesan cemburu
Cemburu kepada adik baru boleh menjadi sebab kepada pelbagai masalah. Ia boleh menjadi lebih parah sekiranya dibiarkan. Oleh sebab kemahiran komunikasi dan bahasa mereka masih belum berkembang sempurna, pada peringkat usia begini, luahan cemburu sering ditunjukkan menerusi kelakuan-kelakuan mudah mengamuk. Selain itu kencing malam, hilang selera makan juga petanda emosinya tidak tenang.
Kesan cemburu juga mengakibatkan terjadi perbuatan-perbuatan yang agresif seperti memukul atau menyakitkan adiknya yang mungkin akan mendatangkan kecederaan. Oleh itu, pupuklah rasa sayang mereka kepada adik yang bakal lahir agar rasa cemburu dapat dielak.
.::Terdapat beberapa perkara yang anda boleh lakukan untuk menyediakan anak anda menerima orang baru dalam keluarga.
1. Mula memberikan contoh keluarga yang mempunyai bayi, supaya anak anda dapat membiasakan diri dan berasa seronok.
2. Perkenalkan anak anda kepada bayi yang baru lahir. Ini dapat
memberikan gambaran betapa bayi tidak berupaya melakukan sesuatu dan
anak anda akan berasa kesian terhadap mereka.
3. Bawa anak anda ketika temujanji pemeriksaan kehamilan anda. Berikan
anak anda merasai kedudukan kandungan yang bergerak dan melihat alat
pengimbas. Jika anak anda mengikut proses kehamilan anda, anak anda akan
terujga menantikan kelahiran adik yang baru dan ini dapat mengurangkan
perasaan cemburunya.
4. Beritahu anak anda bagaimana bayi yang baru lahir memerlukan bantuan
dan mungkin akan kerap menangis tanpa sebab. Ini dapat membantu anak
anda menjadi lebih bertanggungjawab dan bertolak ansur dengan kerenah
adik barunya kelak.
5. Alihkan katil bayi dari pandangan anak anda. Ini boleh membantu anak
anda melupakan katil tersebut untuk seketika. Ini memudahkan anda untuk
meletakkan bayi anda di katil bayi tersebut dan pada ketika itu anak
anda tidak lagi memikirkan katil tersebut sebagai katilnya.
.::Apa yang perlu dielakkan?
1. Memberitahu kehadiran adiknya nanti adalah sebagai teman bermainnya. Hal ini kerana tempoh hamil sangat panjang dan selepas kelahiran adik barunya hanya akan menyusu dan tidur sahaja, tidak akan menjadi teman sepermainannya sepantas itu.
2. Melarang dia daripada menghampiri atau menyentuh adik kerana caranya
yang agak kasar. Biasanya anak pada usia ini akan memeluk adiknya dengan
terlalu kuat atau mencium dengan kerap. Tindakan ini menunjukkan ia
sedang keliru dengan perasaan sendiri. Sebaik-baiknya tegur dengan cara
yang baik dan ajar dia cara untuk menyentuh dengan cara yang lembut.
3. Pada peringkat umur ini, anak akan mudah cemburu melihat orang lain
mendapat perhatian. Ia ditunjukkan dengan pelbagai hal seperti mahu ibu
memakaikan baju untuknya, mahu didukung seperti adik dan disuapkan
ketika makan walhal dia sudah pandai melakukannya sendiri. Usah cepat
melenting. Kawal emosi dan anggap anak anda sedang menyesuaikan diri
dengan keadaaan baru.
4. Mendukung adik baru ketika memperkenalkan kepadanya. Tindakan ini
akan menyebabkan anak anda berasa terpinggir dan anda lebih menyayangi
adiknya.
5. Orang sekeliling lebih menumpukan perhatian kepada adiknya berbanding
dirinya. Anda perlu meminta ahli keluarga atau rakan-rakan untuk tidak
ketinggalan bercakap mengenai si kakak atau abang agar perhatian yang
diberikan lebih seimbang.
.::Tahukah anda
Jarak umur antara anak dua hingga empat tahun akan mencetuskan perasaan cemburu yang ketara kepada anak yang lebih tua. Manakala jarak umur 18 bulan atau lima tahun ke atas mempunyai risiko yang lebih rendah.
( nasib baik la jarak umur Baby ngan adik dia 9 tahun...so Baby cepat faham bila aku terang sesuatu pada dia...hihi )
17hb Sept aritu Ira genap sebulan...
Ira memang suka senyum...
Kakak Baby memang suka sangat la nak kiss - kiss Ira ni..tapi Ira buat tak tau jer hihi
Terima kasih Allah kerana memberi kesempatan untuk aku ngan Mr.B mencurahkan kasih sayang kami pada dua orang anak pompuan yang comel ini...
"NURUL ATIQAH SYAZWANNI & NURUL AIMY SYAHIRAH
DADDY & MUMMY SAYANG KAMU SANGAT- SANGAT
SEMOGA MENJADI ANAK YANG SOLEHAH...AMIN"
No comments:
Post a Comment