rozynn

rozynn

Followers

Search This Blog

precious moment

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, May 30, 2012

PESTA KAAMATAN 2012


da puas tengok tak???cantikkan??
ni la kazen sebelah mummy saya...nama dia Petronella Parnama....umur di rahsiakan...hik.hik.hik...
sebenarnya my kazen ni adalah salah satu peserta UNDUK NGADAU untuk tahun 2012 ni...
tahun lepas pun dia ada ikut gak tau tapi masa tu bukan rezeki dia untuk ikut peringkat negeri...aku rasa aku ada bercerita tentang dia ni di entry - entry aku yang lepas...
well sekarang ni dia ada kat KDCA untuk pertandingan UNDUK NGADAU mewakili Daerah Kecil Tungku..kira sekarang ni dia Miss Tungku la..hihi...so for you my kazen yang cun melecun GUD LUCK YA...
aku dapat gambar dia before pertandingan ni kat FB dia, so korang kalau nak tahu perkembangan Pesta Kaamatan di KDCA tu rajin - rajin la tengok FB "david aramaitii " ya...sebab suma perkembangan tentang pesta ni beliau updatekan kat sana...sori la yek sebab aku amik tanpa kebenaran mana - mana pihak...iyer la cadang nak amik gambar dia sendiri tapi aku n family tak dapat nak join sebab masing - masing tak dapat bercuti..hihii...

korang tau tak apa tu PESTA KAAMATAN???

mesti ada yang tau, tapi mungkin ada gak yang masi kabur - kabur pasal pesta ni kan???

jom belajar sejarah paling ringkas dari aku pasal PESTA KAAMATAN ni...

Pesta Kaamatan ni atau dalam bahasa Kadazan "Magavau" ni merupakan upacara khas untuk menghormati "Bambazon" iaitu semangat padi...

perayaan ni biasanya diadakan selepas selesai menuai padi...

acara yang biasanya menjadi tarikan dalam perayaan pesta kaamatan ni ialah "UNDUK NGADAU" yang mempamerkan pakaian tradisi mengikut etnik...

menurut Persatuan Kebudayaan Kadazandusun Sabah ( KDCA ), kadazandusun merujuk kepada 41 etnik

hurmmm...panjang sangat kan sejarah ni...sebab tu la aku selalu jer tak pass bab - bab sejarah ni..hihi..
kalau korang nak tahu secara terperinci pasal kebudayaan suku kaum di Sabah ni korang google jer la yek....

so buat suma rakyat Sabah

KOTOBIAN TADAU TAGAZO DO KAAMATAN

p/s : aku dapat info tentang pesta kaamatan ni pun dari pakcik google gak...hihi...sayang ketat - ketat ngan pakcik google...

Saturday, May 26, 2012

Sibuk la sangat

Hari ni aku betul - betul jadi super women tau sebabnya....

Tadi awal pagi lagi aku da bangun awal sebab tetiba mummy aku kol kat ofis, aku ingatkan babah aku sakit lagi tapi rupanya mummy aku temankan aunty aku nak bersalin, syukur alhamdulillah anak aunty aku gegurl seberat 3.20kg... Ni bermakna tahun ni raya aku kena sediakan lebih duit raya hohoho

Pas balik dari hospital lawat aunty aku, aku bergegas pergi ke perdana sebab aku join kursus cupcakes dan muffin,adik ipar aku pun join sekali...syukur alhamdulillah gak aku dapat input yang berguna untuk aku memulakan bisnes kecik - kecik nanti...

Then balik jer dari kursus tu aku bergegas balik ke hospital untuk membantu mummy aku kat sana...hehe

Then balik dari hospital aku pergi join lak majlis malam amal yang dianjurkan oleh pihak hospital...dapat join pun sebab husband kalau tak xda maknanya aku dapt join hahaha

Dan sekarang ni aku update blog aku sambil baring kat ofis ni,ekceli aku keja syif malam arini...hehehe

Okey la....memang banyak aku berhutang kat blog ni kan...bila - bila musim rajin aku datang nanti aku upload suma piccas untuk korang yer sebab buat masa ni x koser mak nyahh hahaha

Okey bai

Tuesday, May 22, 2012

Memeng si kucing manja

Ni la Memeng kami....paling manja ngan my babah sebab kalau malam mesti mau tido di bawah ketiak babah okey....yang best pasal Memeng ni kan dia da kenal da bungkusan makanannya tau...bila nampak jak kolor purple konfom Memeng akan miaw - miaw tak tentu pasal...dan Memeng pantang bila mana-mana bilik kena on aircond sebab time macam tu la Memeng awal -awal amik port untuk dia tido....itu saja cerita pasal Memeng...sekian terima kasih...#nampaksangattakdabahanceritayangnakdiblogkan# ;D

Wednesday, May 16, 2012

SELAMAT HARI GURU

LAGU NI KHAS BUAT SEMUA GURU AKU YANG PERNAH MENGAJAR AKU SEWAKTU AKU DI TADIKA ST PETER KUDAT, SK PEKAN 2 LAHAD DATU, SMK ST DOMINIC LAHAD DATU DAN JUGA DI KCJ...

SELAMAT HARI GURU...JASAMU TETAP AKU KENANG SAMPAI BILA - BILA KERANA DENGAN DIDIKAN CIKGU SEMUA LA AKU KINI MEMPUNYAI MATLAMAT HIDUP...

p/s : teringat waktu melihat baby menyanyi lagu TERIMA KASIH GURUKU sempena hari guru di sekolahnya tahun lepas...bangga tau sambil senyum dengan airmata yang mencurah - curah...

Thursday, May 10, 2012

GULA DOLU- DOLU


mesti masa kecil korang pernah makan gula - gula ni kan??dulu sampailah sekarang ni aku panggil gula - gula ni, gula - gula susu walaupun ada bermacam - macam perisa...hihi...kalau makan gula - gula ni mesti aku akan ingat zaman sekolah rendah ku tau...punya la syok masa tu sebab kita tidak memikirkan soal duit dan kerjaya...apa yang kita tahu hanyalah menghabiskan masa kanak - kanak kita dengan bermain bersama kawan - kawan...

Mesti ada setiap hari

Untuk pengetahuan korang aku ni da kalah orang yang mengidam tau..sebabnya boleh dikatakan kalau bole setiap hari aku nak minum minuman ni...ntah apa yang sedapnya ngan minuman ni pun aku tak tahu...harap2 niat aku nak mengidam ni tercapai la yerrrr....doakan untuk aku sekali yer wahai suma ibu-ibu @ yang bakal menjadi ibu tu....mana tau berkat doa korang suma impian aku tercapai tahun ini...;p

Saturday, May 5, 2012

Sesajorkkkk

Saja nak ngegader nak show off kat korang yg aku pakai inai corak -corak...hehe

Sekian terima kasih

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...