rozynn

rozynn

Followers

Search This Blog

precious moment

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, November 28, 2012

SEGMEN BLOGIST DISEMBER PAPA BLOGGER


SALAM..

Sebelum ni aku tak pernah join mana - mana segmen okey...
And this is my first experience..
Jom join segmen anjuran Papa Blogger ni jom...

nak join senang jer...klik kat http://azmengs.blogspot.com yer

Selamat ber"SEGMEN" suma..


Tuesday, November 27, 2012

It's my birthday today

Syukur alhamdulillah...Terima kasih Allah kerana memberi kesempatan kepada aku untuk menyambut ulang tahun ku yang ke-29 ( masi muda lagi tau..hik..hik..)

Big thanx to my Mr. B sebab dia la orang pertama yang wish me on my birthday..tepat2 jam 12 midnight okey..hehehe...walaupun tengah mamai2 jawab call dari dia tapi tetap happy...luv u so much..muah2

Terima kasih buat family ku ( Babah, Mummy, Connie,Fero, Boy, Alif dan my luvly & adorable & the only one Baby ) yang wish Kache ( gelaran aku dirumah ) tadi..muah2

Terima kasih buat semua kawan - kawan kerana mengucapkan SELAMAT HARIJADI pada me on FB, Twitter dan ada juga siap SMS seawal pagi lagi..

Terima kasih pada semua
luv u all...muah2


p/s : mood tengah baik punya...

Monday, November 26, 2012

korang pernah tak?

mesti korang pernah moody kan?
bohong la kalau korang cakap tak pernah...
aku kadang - kadang macam ni la...mood happy memanjang dan tetiba mood tak stabil ada jer muncul menganggu mood baik aku hahahhaa...mencik betul la ngan mood tak stabil tu..LOL
kadang - kadang bagi aku la kan mood yang tak best tu muncul bila aku terlalu banyak berfikir...iyer la kadang aku fikir napa la aku ni cantik dan cute sangat sampaikan orang sekeliling jeles hahahaha...#mintakpuji

ada beberapa faktor yang suda aku kaji pasal diri aku yang bole buat aku moody...( tapi moody yang lite2 jer la )


1. stress di tempat keja ( biasa ler sapa2 pun akan stress kat tempat keja kan )

2. kalau aku lapar ( dasar nafsu raksasa betul la kan?..lapar sikit jer terus moody hahaha )

3. kalau aku balik dari kerja then tengok rumah bersepah ( rasa nak makan orang pun ada )..iyer la da la penat2 keja kan balik nampak lak rumah macam tongkang pecah...tak meroyan ko?tapi aku tetap akan cuba kemaskan maa yang patut walaupun masa tu aku penat ( da baby yang sepahkan takkan la pula nak suruh adik bongsu aku yang kemas kan )

4. bila Mr.B budjet muka tu comel sangat..ni yang betul2 buat aku tension dan bule membuatkan aku moody selama 5 minit hahaha ( 5 minit dikira moody ker?aci ker tak? )

5. bila aku tengah syok2 tengok drama d channel 393 pas tu orang lain datang2 then tukar channel lain tanpa rasa bersalah...ni konfom kalau da nampak muka aku sentap then bule d tanya gik kenapa buat muka sentap memang agak kurang sopan di situ..LOL

6. bila aku fikirkan kewangan..iyer la kan sebagai isteri suma pengeluaran dan kemasukan ( duit gaji dan side income ) termasuk la perbelanjaan kami sekeluarga aku yang handle kan..dari belanja dapur sampai la ke hutang piutang...( hey...ko ingat senang ker keja jadi isteri ni?cuba la ko budjet2 tu tersasar mau tak juling mata ko buat kira2...kan suami akan sayang isteri dia yang pandai uruskan hal2 rumah..so kewangan pun masuk tau dalam skop tu okey hehehe ) sebab tu orang kata bila isteri pandai wat kewangan secara berkaliber suami pun tambah2 sayang hahahaha

7. ni reason yang paling simple, bila aku nak masak then bahan masakan tu kurang satu bahan hah!!!...di situ la kita berngam ( kata orang Sabah ) tu pun bule buat aku moody okey...iyer la kan kita nak masak yang paling sedap buat family kita tetiba lak kurang satu bahan konfom la stress kan...

dan yang last ada la ini ;
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

 


 reason2 yang aku bagi tu selalu juga aku ter"elak" okey... tapi bab banyak berfikir ni memang aku tak bule nak elak da...tak nak fikir pun aku akan terfikir juga tanpa sengaja hahaha...iyer la kita ni manusia biasa jak kan memang tak terlepas dari suma ni..apa yang penting janji kita HAPPY dengan kehidupan kita sekarang..yer tak?

mood jiwang uolss



apa pun gelaran kamu untuknya

Tajuk entry kali ni memang  takda kait mengait or kena mengena pun Sempena Hari Ayah okey...LOL

Ekceli entry kali ni aku lebih tujukan pasal SUPER HERO aku sapa lagi kalau bukan babah aku

Sejak babah aku menjalani sesi dialisis aku lebih banyak berfikir tentang beliau...kalau dulu babah la yang paling aktif dan sihat dan jarang menunjukkan yang beliau sebenarnya menghidap penyakit kencing manis, lemah jantung mahu pun darah tinggi, mungkin disebabkan beliau ingin tunjukkan pada kami adik beradik yang beliau baik2 saja...kan babah aku sejak aku kecik lagi macho so dia mesti tunjukkan kemachoannya pada anak - anak yer tak??

ni pic masa babah masi sihat...kira konon2nya anak pompuan beliau dua orang ni ajak dia jogging..hahaha...jogging la sangat kan??baru sampai simpang rumah da terhegeh2 kami suma anak beranak...hehehehe

Sekarang ni suma aktiviti kami sekeluarga base pada jadual dialisis babah tapi syukur alhamdullillah suma tu x pernah menganggu aktiviti kami sekeluarga, sikit pun x...

Kadang2 bila melihat babah terpaksa kawal pemakanan dia aku tetiba rasa sebak mungkin kerana aku biasa lihat babah aku makan dengan sungguh berselera tapi bukan aku bermaksud skrg ni dia x berselera cuma pengambilan makanan tu di kurangkan dr yg sebelumnya dan sekarang ni babah kena kawal pengambilan air juga, kira dalam sehari hanya sebotol air mineral kecik...in case kalau haus sangat babah akan makan ice cube...

pic ni masa babah mula2 kena tahan d wad untuk buat dialisis dia yang pertama...pic ni bulan Mei kami  masa tu sempat juga sambut hari ibu d wad...kek besar tu bukan kami lahap abis pun sebab kami agih - agihkan pada nurse2 yang menjaga babah sepanjang babah admit d wad tu...dan masa tu babah pasang AVF untuk dialisis masi melalui leher...sekarang x lagi ok sebab babah da pasang AVF kat tangan dia so senang dan selesa da sikit...sekarang babah da gagah dan macho da...hehehehe
Sekarang ni adik lelaki aku la yang banyak menghabiskan masa dia bersama babah aku...dalam seminggu 3 kali dia temankan babah aku ke hospital untuk membuat dialisis..aku bersyukur sebab adik aku seorang yang patuh pada orang tua biarpun kadang2 panas baran dia tu datang hehehe...thnx boy...

Dirumah lak aku n adik pompuan aku la yang selalu agih2kan ubat yang perlu babah makan setiap ari...thnx connie

N thnx juga buat mr.B, fero ( hband connie ), adik alif dan baby sebab selalu bagi kata semangat buat babah...

Dan paling bertuahnya babah bila mempunyai wife mcm mummy disampingnya yang tidak putus memberi semangat baru untuk babah dan setiap kali pun x pernah putus doanya buat suami tercinta

Entry ni aku kira x nak la buat entry sedih2 tapi bohong la kan kalau aku kata x sedih langsung...sedangkan masa ni pun aku da sebak sangat...maybe aku kan lebih close ngan babah, anak babah la katakan ;p

Tujuan aku tulis blog pasal babah aku ni bukan bermaksud apa2 okey cuma kdg2 aku teringat semua kesalahan pernah aku wat dan orang pertama yg akan backing aku adalah babah aku tau biarpun ada ketikanya aku melawan arahan beliau tapi babah tetap akan bagi aku peluang untuk memperbaiki suma yang telah aku wat...thanx babah...

Sekarang ni biarpun babah akan menjalani dialisis untuk selamanya ( seumur hidup ) tapi babah da semakin sihat n sihat dan aku berdoa agar babah akan bertambah sihat....

ni la latest pic from babah...ni pun main paksa jer amik pic beliau sebab babah memang x suka sebenarnya amik - amik gambar ni sebab dia sendiri cakap yang dia rasa pelik bila tengok muka dia senyum...yes...babah memang x pernah senyum...serius jer memanjang tapi bila babah da melawak konfom guling - guling korang ketawa ok..hahahaha

P/s : ingat la...pada sesiapa yng merasakan yg bapa mereka suka marah, menyalahkan kita or kadang kita beranggapan yg mereka tu x perdulikan kita ternyata anggapan kamu tu SALAH...sebab sebenarnya sifat bapa adalah ingin melindungi dan inginkan yg terbaik buat diri kita, walaupun kita tak nampak apa yang pernah mereka buat untuk kita ( biasa la lelaki EGO tu kadang - kadang mengatasi segalanya ) sebab septtnya kita bersyukur kerana masi mempunyai mereka sekarang dan hargai la saat kita bersama merekea selagi kita masi berpeluang berbuat demikian....

entry untuk mummy??just tunggu yer...akan ada juga entry buat my most adorable mummy in the world...

Saturday, November 3, 2012

JJCM

Tengahari tadi kita JJCM kat area Sri Perdana...puas kitaorang pusing - pusing akhirnya Mr.B kata nak cuba makan kat Soup House...tak pernah lagi pergi kedai makan ni so bila Mr.B kata nak pi kami iya kan jer...


Sebelum tu korang tengok la muka c Baby ni puas - puas yer..haha..muka orang excited nak order makan la konon - kononnya..;p


Ni air yang kami bertiga order..Baby order watermelon juice, aku order air bandung cincau dan Mr.B order nescafe ping


Muka Mr.B yang excited nak start makan hahaha...dia order nasi goreng ayam jer...rasa dia bule la tahan...sedap pun sedang - sedang so kira afdal juga la Mr.B abiskan makanan yang dia order ni

Aku lak order nasi putih + udang masak butter...ok juga menu ni portion pun ngam - ngam jer untuk seorang makan...

Ni lak makanan yang baby order...fish n chip..tapi kureng sikit rasa dia sebab ikan dia ni tak fresh sangat...baby marah juga sebab selalunya dia order fish n chip kat tempat lain terus sediakan sos cili atau tomato kan....tapi dia minta kira masuk kali ke-4 baru dia dapat sos tu...macam nak sawan jer aku suruh dia abiskan makanan dia ni tapi dia wat tak tau jer dengan alasan dia yang kukuh tu kononnya sos dia lambat sampai...sabar jak aku..

Aksi baby bila dia kena marah sebab tak abiskan makanan dia...nak simpati dari Mr.B la tu sebab aku da amukkan dia di kedai makan tu kan...tapi sorry la yer baby sebab aksi minta simpati tu tak berkesan langsung hahaha

Bila perut da kenyang kitaorang pun terus pi tinjau - tinjau karnival yang dianjurkan oleh Klinik Kesihatan L/Datu...tapi sorry la yer sebab pic memang aku takda amik sebab cuaca tak mengizinkan lagipun ai sibuk tengok - tengok baby main masa tu...;p

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...