Wednesday, December 22, 2010
kebaikan yogurt
Monday, December 13, 2010
jom make up...
korang suka tak bersolek???aku suka tau...biasa la pompuan kan...mana ada pompuan yang tak suka bersolek???mana??mana??sapa tu??bagitau kat aku...hahaha ( memanas jer tetiba )
aku suka sangat bab bersolek ni tapi nak tau rahsia tak...aku tak pandai nak bersolek...hahahahaha...bertapa haru birunya aku ni kan...beli make up set tapi jarang - jarang nak pakai...lipstick lak bermacam kolor...( macam la banyak sangat ) tapi jarang nak guna gak....
nak tau sebab nya...sebab pertama tadi aku da bagitau kan...sebab aku tak pandai bersolek...alasan kedua aku ialah disebabkan aku selalu kerja syif malam so aku tak pakai make up langsung la..nanti bila aku pakai konfom kawan aku satu keja akan cakap apa kena da ngan aku ni kan buang tabiat kot...hahahahaha....iyer la aku keja malam pun bukannya buat apa pun...kalau tak der panggilan tu tidur la aku ngan kawan aku jawabnya...
tapi bila da tengok tutorial ni...aku rasa cara dia tunjuk kat kita cara - caranya memang best...step by step dia kasi tengok...so kita pun dapat la buat ikut yang dia buat kan...
so kini aku da tau da serba sedikit cara make up yang natural macam ni...suka tau bila tengok ada perubahan pada kita bila bersolek ni...da la cantik bertambah gik kecantikan dan kejelitaan aku tu...( hahaha...memang buang tabiat da ni kalau da macam ni )
so jom layan tutorial ni yer...make up yang ringkas tapi cantik tau....
Monday, November 22, 2010
minyak wangi...ooo....minyak wangi
Tapi korang tau tak perbezaan jenis2 haruman yang korang pakai tu??maksud aku kan selalunya bila kita beli minyak wangi konfom la ada tulis kat botol tu Eau de Parfum or Eau de Toilette kan???erm…jom kita amik note tentang tu…pas ni senang la kita nak buat pilihan kan….
* ‘Perfume’, juga dipanggil ekstrak atau ‘extrait perfume’, mengandungi 15-40% pati. Ia merupakan perfume yg paling asli dan oleh itu harganya adalah yg paling mahal.
* ‘Eau de parfum’, mengandungi 7-15% pati. Ini merupakan jenis yang paling popular dan banyak digunakan. Baunya tahan lama dan kebiasaannya murah sedikit daripada ‘extrait perfume’.
* ‘Eau de toilette‘, mengandungi 1-6% pati. Baunya lebih ‘light’ dan kurang tahan lama berbanding ‘Eau de parfum’. Pada asalnya ia direka sebagai ‘body splash’ untuk menyegarkan bau tubuh badan di waktu pagi.
* ‘Eau de cologne’, adalah sama seperti ‘Eau de toilette’. Cuma pada asalnya ‘Eau de cologne’ adalah ramuan campuran wangian segar dengan minyak citrus, yang dipopularkan oleh Napoleon.
* ‘After shave‘, mengandungi pati yg paling sedikit berbanding dengan yg lain.
p/s : selalunya aku pakai Johnson & Johnson punya cologne jer…hahahaha…nak trip2 baby gik…hihihi
Thursday, November 4, 2010
Sabah Negeri Di Bawah Bayu
Sabah yang terletak dibahagian Utara Borneo, iaitu kira – kira pada garis lintang 30 42’ ke utara dan garis bujur di antara 1150 20’ hingga 1190 15’ ke timur. Ia merupakan negeri kedua terbesar di Malaysia dengan keluasan kira – kira 73,620 kilometer persegi…( hehehehe…ni nak belajar geografi ni…)
Erm…okey cukup untuk latar belakang Sabah yang ringkas tu yer… kalau korang nak tau lebih korang google sendiri yer...hihihi
ni peta Sabah


Okey…sedikit info tentang bendera ni…
Warna biru zikron melambangkan keamanan dan ketenteraman, putih melambangkan kemurnian dan keadilan, manakala merah cili melambangkan keberanian dan keyakinan. Warna biru salji melambangkan kekuatan dan semangat kerjasama.
Lima jenis warna itu melambangkan 5 buah bahagian pentadbiran negeri dan bentuk Gunung Kinabalu melambangkan negeri Sabah…..
Da abis nda sedikit sebanyak tentang bendera Sabah ni kan???
Bagi yang tak pernah ke sabah contohnya rakyat dari Sarawak dan Semenajung Malaysia jom la datang ke Sabah…best tau…macam – macam tempt korang bole pergi…bole lihat berbagai kebudayaan masyarakat Sabah ni…
Tak percaya ker???tak percaya korang layan pic yang aku amik dari google ni…jangan lak ingat mentang - mentang la aku amik dari goole jer nampak cantik tempat tu okey…kalau korang datang dan tengok sendiri mesti korang akan cakap…”betul la macam gambar yang kita tengok kat google kan???”…betullllll…konfom korang akan cakap macam tu punya la…hihihi…
Tapi sebelum tu kita kena tau gak kan apa makanan tradisional yang ada di Sabah kan??berbagai variasi tau tapi aku hanya bagi korang tengok sikit jer…sebab kalau korang nak rasa makanan tradisional tu kena la datang sendiri dan cuba sendiri makanan – makanan tu baru la puas ati kan…
Jom jalan – jalan cari makan
ni adalah mee tuaran
ni lak rempeyek

ni hinava..

ni lak sagor ikan pari...sedap ni tau...da pernah rasa da yang ni...
dan ni pula tuhau...sedap juga ni..hihihi. makanan ni ada yang dibuat jeruk dan ada yang dimakan macam tu yer, macam sayur...just tumis then makan...hihi

ni di kota belud...Usukan Cave...rasa nak pi tempat ni la pas ni...
ni lak Tawau Hills Park atau lebih dikenali sebagai tempat air terjun table
ni tempat di sungai Tagal - Fish Massage...entry yang lepas aku da cerita ni pengalaman pergi fish massage ni...geli owhh.....jinak jer ikan - ikannya

ni Simpang Magayau Kudat...dihujung Sabah....
ni pula kat Nexus Golf Resort Karambunai...cantik tau tempat ni...
tempat ni porpular bagi pasangan yang baru kahwin honeymoon...Mataking Island di Semporna

of course ni la Gua Madai yang kaya dengan hasil sarang burung layang - layangnya....
nampak gambar monyet hidung panjang ni kan???monyet ni lebih dikenali sebagai monyet Bayau....ni kat Labuk Bay di dearah Sandakan
ni di Klias River di dearah Beaufort...tempat ni hubby aku cakap pelancong nak tengok kunang - kunang...pernah dengar kunang - kunang???ala...yang serangga berlampu pada waktu malam tu...itulah kunang - kunang...dan ada juga monyet bayau tu di tempat ni...
nak cari kraftangan untuk sourvenir???korang bole pergi ker Handicraft Market ni...kat KK jer...lebih dikenali sebagai Pasar Filipin...napa dipanggil pasar filipin tu saya tak tau la pula...tapi memang cantik - cantik la sourvenir buatan tangan di sini...
ni Kinabalu Park kat Kundasang....banyak - banyak tempat, tempat ni la yang saya paling suka...

ni Garama Wetland...tempat ni belum pernah pergi gik...kat Beaufort....


Banyak gik sebenarnya tempat menarik di sabah ni…kalau nak tau korang cari kat www.sabahtourism.com. Semua informasi tentang tempat perlancongan korang bole dapat…kira complete la....
bila tengok tempat - tempat menarik ada di Sabah ni tak salah kan kita melancong di negeri sendiri???sebab tempat kita pun ada kelas apa???pas ni kalau ada kesempatan gik kita cerita pasal keistimewaan negeri - negeri lain pula yer...
Thursday, October 28, 2010
nak makan ala buffet???ala barat???apa yang perlu kita tahu??
So…jom kita kongsi sedikit tentang adab makan ala buffet dihotel…
1. kalau ada tertamu kehormat, biarkan beliau memulakan mengambil makanan dahulu…
2. selalunya kita lihat ada sesetangah orang mengambil makanan tu bagai nak rak kan…siap penuh 1 meja dorang dengan makanan yang diambil..jangan sesekali buat macam tu okey…apabila kita memulakan makan, janganlah penuh piring / pinggan kita tu dengan makanan yang akhirnya tak dapat diabiskan…ambil makanan secukupnya, bila rasa nak lagi la contohnya…boleh la kita ambil lagi…da namanya buffet kan…
3. jangan terlalu lama dimeja buffet untuk membuat pilihan sebabnya ini akan menganggu aliran pergerakkan tetamu yang lain…
4. tips penting ni untuk kaum hawa…kalau korang berpasangan ngan teman lelaki korang untuk makan buffet, lebih manis kita ditemani oleh pasangan ke meja buffet untuk mengulangi mengambil makanan…tapi bagi yang tidak membawa pasangan lelaki, teman pompuan pun bole…so tak la ketara sangat kan yang kita ni lapar sangat hehehe…
5. sudu, garpu, dan pisau diletakkan menyudut tiga segi di antara satu dengan lain, di mana cabang garpu hendaklah ditelangkup ke bawah apabila belum selesai makan…ada satu kes di mana ni terjadi dengan kawan aku tau….dia lentangkan kedudukan garpu dan sudu dia…so mestilah pelayan hotel tu sangka kita da abis makan kan???pelayan tu angkat la pinggan dia..tak ker kita akan merasa malu nak minta pring, garpu n sudu yang baru disebabkan kita belum abis makan???so take note okey…sudu n garpu yang dilentangkan hanya apabila kita suda selesai makan…
6. jangan menggunakan garpu, sudu atau pisau menonjolkan kemuka teman anda…ni kena ingat sangat – sangat masa kita tengah- tengah syok bergurau senda tu yer…kalau kena kemuka teman tak ker padah buat kita…hihihi
6. makan dengan bibir yang rapat…maksud aku tu jangan la pula kita mengunyah siap dengan bunyi kunyahan tu…buruk sangat tau bunyinya…hehehehe
so…ni jak yang aku tau sikit pasal nak makan – makan buffet kat hotel2 ni…kalau ada yang silap tentang informasi aku ni minta maaf bebanyak yer…sebab aku ni pun jarang juga makan ala – ala buffet ni…hahaha…suka gik makan dekat gerai – gerai or restoran biasa – biasa jer…tapi x salah kan kalau kita tau protokol – protokol ni sebab mana la tau tetiba lak rasa nak makan ala buffet di hotel kan….
So…selamat berBUFFET dengan gembiranya uols…
Wednesday, September 22, 2010
nak kongsi gik
MISSED ABORTION merupakan kehamilan intrauterin biasa tanpa gejala - gejala keguguran seperti perdarahan dan sakit perut melainkan "amenorea" ( tiada haid / perdarahan ) dan hanya dikenalpasti apabila terdapat denyutan jantung bayi ataupun tiada tumbesaran normal berlaku pada sesi bulanan berjumpa doktor. "Ultrasound " akan mengenalpasti masalah ini. Antara faktor yang biasa dikaitkan dengan masalah ini adalah peningkatan umur dan stress sama ada secara fizikal atau mental.Dinasihatkan supaya berehat selama beberapa bulan sebelum merancang kehamilan seterusnya bagi membolehkan rahim pulih sepenuhnya...
erm...bila baca info ni kan terus rasa risau pula...bagi kawan - kawan yang tengah preggy sekarang ni hati - hati ngan rutin harian anda yer...
sekali lagi thanks 2 Majalah Rapi...;p
jom kongsi..
apa pun thanks to Majalah Rapi for this information...thanks a lot...
p/s : kalau nak tau lebih banyak info kesihatan sila la jenguk - jenguk website ni yer rawatankesihatan.com. macam - macam info boleh kita baca kat website ni...
kalau difikirkan kita sekarang ni beruntung sebab dengan hanya menaip d keyboard semua kita dapat...x macam nenek moyang even mak bapak kita dulu kan...nak kan info tentang kesihatan ni punya la susah...
Tuesday, April 13, 2010
sunsilk....
1.Yuko Yamashita – Pakar Rambut Lembut Terurus, TokyoBeliau adalah pakar kecantikan rambut, pensyarah dan inspirasi di sebalik proses melurus rambut yang dipatenkan di beberapa negara dan digunakan di beribu-ribu salun di seluruh dunia. Yuko berusaha untuk mengurangkan geseran antara rambut supaya boleh menggeluncur licin untuk rambut lembut terurus. Rangkaian produknya, Sunsilk Silky Smooth & Manageable yang mengandungi Keratin Yoghurt Nutri Complex™ menjinakkan rambut liar dari akar umbi hingga ke hujung untuk mengurangkan kekusutan.
2. Thomas Taw – Pakar Rambut Rosak, LondonSeorang pakar dan pereka fesyen rambut dari London dengan senarai pelanggan yang termasuk pemuzik, peragawati dan pelakon terkenal, begitu gigih dalam usahanya untuk membaik pulih rambut yang rosak. Rumusannya untuk rangkaian Sunsilk Damaged Hair Reconstruction mengandungi Olive Serum Nutri Complex™ untuk membaiki pulih rambut secara dramatik dengan menembus jauh ke dalam helaian rambut dan mengisi rekahan setiap helai rambut yang rosak, lapis demi lapis.
3. Teddy Charles – Pakar Rambut Lurus Beralun, ParisBeliau seorang pereka fesyen rambut berpengaruh dari Paris, sering bekerjasama dengan jurugambar terulung dalam industri seperti Mario Testino dan pereka fesyen seperti Karl Lagerfield dan Marc Jacobs. Teddy menyeru supaya wanita tidak takut untuk melakukan perubahan! Tugas saya ialah untuk memberi keyakinan kepada wanita untuk menampilkan kecantikan rambut mereka. Rangkaian produk penjagaan rambutnya, Sunsilk Straight Perfection, mengandungi Aqua-Lysine Complex untuk menjadikan rambut lebih lurus dan tampak anggun sepanjang hari.
4. Dr. Francesca Fusco – Pakar Penjagaan Kulit Kepala, New YorkAdalah salah seorang pakar dermatologi dan pakar penjagaan kulit kepala dari New York yang paling dihormati, dan sumber kepakaran bagi CNN dan ramai selebriti Amerika. Beliau berpegang kepada falsafah: Kulit kepala adalah sebahagian daripada kulit, dan anda perlu menjaga dan merawat kulit kepala sama seperti anda menjaga muka! Rangkaian produknya, Sunsilk Lively Clean & Fresh, diperkaya dengan Vitamin Citrus Complex, untuk menangani pengumpulan berlebihan sebum kulit kepala agar kulit kepala sentiasa bersih dan sihat, dan memberikan kesegaran sepanjang hari. Dua varian lain yang diciptainya termasuk Sunsilk Hair Fall Solution dan Sunsilk Anti-Dandruff Solution.
5. Jamal Hammadi – Pakar Rambut Bersinar, Los AngelesBeliau dari Los Angeles dan terkenal kerana sentuhan karismanya untuk gedung busana anggun antarabangsa, seperti Chanel, Dior, Gaultier and Galliano. Kata Jamal – Rambut kanak-kanak secara semula jadi sihat dan bersinar. Inilah yang boleh diharapkan oleh wanita daripada rangkaian produk yang saya cipta bersama Sunsilk. Rangkaian Sunsilk Stunning Black Shine mengandungi Henna Mica Complex, yang menyuburkan setiap serat rambut dengan lembut untuk mengaktifkan ciri-ciri kilatan semula jadinya, agar rambut sihat bersinar dari dalam ke luar.
6. Ouidad – Pakar Rambut Ikal Mayang, New YorkDigelar ‘Ratu Keriting’ tersohor di dunia dan pemilik dua salun keriting eksklusif di Amerika ini begitu berminat untuk memperkasakan wanita di seluruh dunia dengan mengeritingkan rambut dengan sempurna. Beliau bercita-cita untuk mempengaruhi setiap gadis berambut keriting di seluruh dunia supaya membuang alat pelurus rambut mereka dan menghormati rambut mereka yang keriting. Rangkaian produknya, Sunsilk Defined Curls, mencantikkan rambut keriting dengan mengawal ketebalan dan mengurangkan keriting halus yang meremang. Ramuan tambahan Ouidad untuk menjinakkan rambut keriting ialah Hydro Elastin. Sunsilk Defined Curls tidak dijual di Malaysia.
7. Rita Hazan – Pakar Penjagaan Rambut Berwarna, New YorkBeliau adalah salah seorang pakar warna rambut yang paling disangguni di dunia, terkenal sebagai pencetus trend kecantikan dan kepakaran mengubah wajah selebriti dengan sentuhan warnanya yang menarik. Pelanggan profesional yang kaya raya terbang ke New York semata-mata untuk meminta Rita mewarnakan rambut mereka. “Rita adalah artis zaman moden dan kanvasnya adalah rambut pelanggannya yang sangat bertuah.” Rangkaian produknya, Sunsilk Vibrant Colour Protection, mengandungi Teknologi Perisai Amnio dan penapis UV untuk membaiki kerosakan permukaan rambut dan memulihkan serat rambut, menjadikan rambut cukup sihat untuk menyerlahkan kecantikan warna. Sunsilk Defined Curls tidak dijual di Malaysia.
sebenarnya dapat info ni dari http://www.budiey.com/...
thanks buat http://www.budiey.com/ keran berkongsi info tentang pakar kejelitaan rambut ni yer....
Live Traffic Feed |