rozynn

rozynn

Followers

Search This Blog

precious moment

Daisypath Anniversary tickers

Monday, November 22, 2010

minyak wangi...ooo....minyak wangi

Korang mesti suka minyak wangi kan???macam aku la juga…suka sangat ngan minyak wangi…tak kisah la apa jenama. Murah ker, mahal ker janji minyak wangi tu rasa best jer di hidu aku ngap beli dan pakai…

Tapi korang tau tak perbezaan jenis2 haruman yang korang pakai tu??maksud aku kan selalunya bila kita beli minyak wangi konfom la ada tulis kat botol tu Eau de Parfum or Eau de Toilette kan???erm…jom kita amik note tentang tu…pas ni senang la kita nak buat pilihan kan….




* Perfume’, juga dipanggil ekstrak atau ‘extrait perfume’, mengandungi 15-40% pati. Ia merupakan perfume yg paling asli dan oleh itu harganya adalah yg paling mahal.


* Eau de parfum’, mengandungi 7-15% pati. Ini merupakan jenis yang paling popular dan banyak digunakan. Baunya tahan lama dan kebiasaannya murah sedikit daripada ‘extrait perfume’.


* ‘Eau de toilette‘, mengandungi 1-6% pati. Baunya lebih ‘light’ dan kurang tahan lama berbanding ‘Eau de parfum’. Pada asalnya ia direka sebagai ‘body splash’ untuk menyegarkan bau tubuh badan di waktu pagi.


* ‘Eau de cologne’, adalah sama seperti ‘Eau de toilette’. Cuma pada asalnya ‘Eau de cologne’ adalah ramuan campuran wangian segar dengan minyak citrus, yang dipopularkan oleh Napoleon.


* After shave‘, mengandungi pati yg paling sedikit berbanding dengan yg lain.



p/s : selalunya aku pakai Johnson & Johnson punya cologne jer…hahahaha…nak trip2 baby gik…hihihi

Sunday, November 21, 2010

(^_^)


nanti aku akan bagi korang tengok aktiviti family aku pagi ahad tadi...hehehehe...best tau....

Thursday, November 18, 2010

Sesame Street: Elmo's Song




suka rancangan ni masa kecik- kecik dulu...then my mum pernah bagitau yang aku akan lari menangis dan minta tutup tv bila big bird ada...hahaha...bila difikir balik...pelik juga aku ni takut ngan big bird yang x berapa nak big...hahahahaha...

apapun enjoy this song....

janji kita happy....



hidup kita kena happy...sebabnya???sebab kita mesti la happy so orang akan happy bila kita happy...


kita kena happy bila :
~~~bila kita dikelilingi oleh saudara - mara kita...
~~~bila kita dinaikkan gaji or dapat bonus beribu- ribu...hahahaha


~~~bila kita sedih...supaya kesedihan itu hilang dengan cepatnya..


~~~bila kita kena kutuk...bukan sebab suka okey...sebab orang yang kutuk kita tu akan rasa dia memalukan dirinya sendiri dengan mengutuk kita..


~~~bila kena marah..hahaha...bab ni selalu aku guna bila aku kena marah..sebabnya nak cover line takut aku tu...hihihi


~~~bila kawan kita makan kita...bukan melapah daging kita okey...maksudnya tikam belakang or cakap tu tak depan- depan...nak juga berbunga- bunga bahasa kununnya...sebab kita kena happy dapat kawan macam tu sebab bukan dia jer kawan kita di dunia ni...so...abaikan jer....
so...korang...hidup mesti sentiasa happy okey...happy dan rileks....

Saturday, November 13, 2010

nadiku....

kita layan lagu ni jer la yer....entry baru nanti d update untuk korang....

enjoy this song...





Sunday, November 7, 2010

selalu dalam ingatan

R.I.P

buat family uncle takziah diucapkan...semoga mendiang uncle Jocky Wong dirahmati Tuhan....

Thursday, November 4, 2010

Sabah Negeri Di Bawah Bayu

Kali ni entry mengenai Negeri Sabah..mesti nak tau sedikit sebanyak tentang negeri Sabah ni kan??terutamanya bagi sesiapa yang lahir dan tinggal di sabah wajib tau pasal negeri sendiri…tergerak hati nak mencari tentang latar belakang Sabah dan tempat – tempat menarik yang ada di negeri ni…maybe terbaca satu artikel mengenai suku kaum pagan di Sabah yang buatkan aku dok sibuk cari informasi tentang negeri di bawah bayu ni.

Serius jak aku menghadap pc dari td untuk mencari informasi – informasi tentang negeri kelahiran aku ni…nasib baik ada google…hahaha..apa jak yang nak dicari senang jak dapat okey…

Jom kita layan tentang latar belakang Negeri Sabah…

Sejarah negeri Sabah hingga ke tahun 1963 boleh dibahagikan kepada empat era tau…cuba bayangkan empat era tu…iaitu sejarah Zaman Kesultanan Brunei dan Sulu Tradisional hingga tahun 1840, zaman Penjajahan Kuasa Asing ( Inggeris dan Jepun ) hingga tahun 1945, zaman Nasionalisme dan Kemerdekaan daripada tahun 1946 hingga 1963 dan zaman Selepas Merdeka ( Dalam Malaysia ) hingga kini…wow…tak sangkakan???


Sabah yang terletak dibahagian Utara Borneo, iaitu kira – kira pada garis lintang 30 42’ ke utara dan garis bujur di antara 1150 20’ hingga 1190 15’ ke timur. Ia merupakan negeri kedua terbesar di Malaysia dengan keluasan kira – kira 73,620 kilometer persegi…( hehehehe…ni nak belajar geografi ni…)

Negeri Sabah terdiri daripada lima bahagian pentadbiran iaitu Tawau, Sandakan, Kudat, Pantai Barat dan Pendalaman. Sejumlah 23 buah daerah keseluruhannya di Sabah. Dan kalau korang nak tau Kinabatangan merupakan daerah yang terbesar dengan keluasan 17.594 kilometer persegi dan Kota Kinabalu adalah daerah yang terkecil sekali dengan keluasan 350 kilometer persegi…sapa sangka kan Ibu Negeri Sabah rupanya adalah dearah yang terkecil di Sabah…hehehe…baru juga dapat tau melalui website tentang latar belakang sabah ni…


Erm…okey cukup untuk latar belakang Sabah yang ringkas tu yer… kalau korang nak tau lebih korang google sendiri yer...hihihi

ni peta Sabah




Korang pernah kan tengok bendera Sabah???mesti pernah la…semua orang di Malaysia ni tau bendera negeri Sabah ni…kat sekolah pun ada belajar kan tentang bendera - bendera negeri yang ada di Malaysia

Ni la bendera Negeri Sabah

Okey…sedikit info tentang bendera ni…

Warna biru zikron melambangkan keamanan dan ketenteraman, putih melambangkan kemurnian dan keadilan, manakala merah cili melambangkan keberanian dan keyakinan. Warna biru salji melambangkan kekuatan dan semangat kerjasama.


Lima jenis warna itu melambangkan 5 buah bahagian pentadbiran negeri dan bentuk Gunung Kinabalu melambangkan negeri Sabah…..


Da abis nda sedikit sebanyak tentang bendera Sabah ni kan???


Bagi yang tak pernah ke sabah contohnya rakyat dari Sarawak dan Semenajung Malaysia jom la datang ke Sabah…best tau…macam – macam tempt korang bole pergi…bole lihat berbagai kebudayaan masyarakat Sabah ni…


Tak percaya ker???tak percaya korang layan pic yang aku amik dari google ni…jangan lak ingat mentang - mentang la aku amik dari goole jer nampak cantik tempat tu okey…kalau korang datang dan tengok sendiri mesti korang akan cakap…”betul la macam gambar yang kita tengok kat google kan???”…betullllll…konfom korang akan cakap macam tu punya la…hihihi…


Tapi sebelum tu kita kena tau gak kan apa makanan tradisional yang ada di Sabah kan??berbagai variasi tau tapi aku hanya bagi korang tengok sikit jer…sebab kalau korang nak rasa makanan tradisional tu kena la datang sendiri dan cuba sendiri makanan – makanan tu baru la puas ati kan



Jom jalan – jalan cari makan



ni adalah mee tuaran


ni lak rempeyek


ni amplang...banyak didapati di daerah Tawau



ni hinava..



ni kuih pinjaram ni....saya suka kuih ni...hihi


ni lak sagor ikan pari...sedap ni tau...da pernah rasa da yang ni...



dan ni pula tuhau...sedap juga ni..hihihi. makanan ni ada yang dibuat jeruk dan ada yang dimakan macam tu yer, macam sayur...just tumis then makan...hihi



Erm…da puas kita cuci- cuci mata tengok makanan tradisional tu kita layan tempat - tempat menarik d Sabah lak…rugi korang kalau tak pergi tempat – tempat ni…


ni di kota belud...Usukan Cave...rasa nak pi tempat ni la pas ni...



ni lak Tawau Hills Park atau lebih dikenali sebagai tempat air terjun table



ni tempat di sungai Tagal - Fish Massage...entry yang lepas aku da cerita ni pengalaman pergi fish massage ni...geli owhh.....jinak jer ikan - ikannya


tempat ni like always...satu dunia tau...Pulau Sipadan



ni Simpang Magayau Kudat...dihujung Sabah....



ni pula kat Nexus Golf Resort Karambunai...cantik tau tempat ni...


tempat ni porpular bagi pasangan yang baru kahwin honeymoon...Mataking Island di Semporna



of course ni la Gua Madai yang kaya dengan hasil sarang burung layang - layangnya....


nampak gambar monyet hidung panjang ni kan???monyet ni lebih dikenali sebagai monyet Bayau....ni kat Labuk Bay di dearah Sandakan


ni di Klias River di dearah Beaufort...tempat ni hubby aku cakap pelancong nak tengok kunang - kunang...pernah dengar kunang - kunang???ala...yang serangga berlampu pada waktu malam tu...itulah kunang - kunang...dan ada juga monyet bayau tu di tempat ni...


nak cari kraftangan untuk sourvenir???korang bole pergi ker Handicraft Market ni...kat KK jer...lebih dikenali sebagai Pasar Filipin...napa dipanggil pasar filipin tu saya tak tau la pula...tapi memang cantik - cantik la sourvenir buatan tangan di sini...


ni Kinabalu Park kat Kundasang....banyak - banyak tempat, tempat ni la yang saya paling suka...


ni Garama Wetland...tempat ni belum pernah pergi gik...kat Beaufort....


ni Lembah Danum...kat Lahad Datu



Banyak gik sebenarnya tempat menarik di sabah ni…kalau nak tau korang cari kat www.sabahtourism.com. Semua informasi tentang tempat perlancongan korang bole dapat…kira complete la....
pas ni bole la korang lantik aku sebagai duta Kenali Malaysia kan????hahahaha...


bila tengok tempat - tempat menarik ada di Sabah ni tak salah kan kita melancong di negeri sendiri???sebab tempat kita pun ada kelas apa???pas ni kalau ada kesempatan gik kita cerita pasal keistimewaan negeri - negeri lain pula yer...

Juliet The Orange - The Days

suka dengar lagu tau zaman sekolah - sekolah dulu...kalau tak silap album ni 1+1=3...zaman - zaman sekolah dulu suka sangat dengar orang main gitar...

ada macam - macam gik koleksi lagu dorang ni...lain kali aku publish untuk share ngan korang yer....sebenarnya dorang ni semua berbakat tapi ntah mana silapnya kan dorang sunyi macam tu jer...konsep muzik dorang ni yang buat orang minat sangat ngan lagu2 dorang...kalau sapa yang lahir sama tahun ngan aku tu mesti tau lagu2 dorang ni...dan mesti tau album 1+1=3 tu...

enjoy....

Wednesday, November 3, 2010

da janji kan

seperti yang aku janji kat uols kan???time for me to show off sikit...walapun barang - barang ni korang maybe akan anggap murah...x kesah la janji aku n korang hepi kan....ni semua ole - ole yang my parents belikan masa dorang cuti kat KK aritu...da cerita kan kat korang my parents p hantar my brother d sana...hehehehehe...



jom layan pic barang - barang ni suma...




ni bag khas buat little princess my mum & babah...suka yang teramat bila baby dapat barang ni tau....dia kan minat hello kitty kena pula tu beg tu kolor pink...hihihi


ni rantai khas buat baby juga...da dia puteri kesayangan my parents so...memang selalu dia la yang didahulukan....hihihi


okey...ni handbag aku okey....mummy & babah aku beli beg ni sempena harijadi aku yang x lama gik...xperla...show off awal2 kat korang hadiah harijadi aku yang ke27...heehehe



aku dapat juga dompet Alain Delon....thanks mummy & babah....luv u.....


okey...janji da ditepati kan???walaupun ni suma hadiah 4 my bufday dan mungkin bagi korang ianya tak la semahal yang korang fikirkan macam Gucci, LV dan macam2 gik la, xper la janji da bagi tengok korang awal2 hadiah- hadiah ni....so...korang bila lak nak bagi aku hadiah harijadi ni???hahahahaha...nanti bole aku show off lagi kat blog ni...hehehehehe

kisah adikku connie

ni pic my parents masa p KK...hepi sakan adik pompuan aku masa tu...sampaikan dia cakap "kache...aku seolah - olah berada di sorga"...hahaha...adik pompuan aku ni ada lawak sikit...dia memang suka bila mummy & babah aku datang p KK sebab senang la dia nak minta belanja makan..minta beli itu ini...iyer la, dia kan jauh d perantauan...jarang sekali kami semua pergi KK...so bila da ada masa macam ni, kemanjaannya tentulah tanpa batasan...hahahaha.....

ni la lovely couple...mummy & babah...romantik kan???


korang nak tau satu rahsia ker???my babah jarang senyum tau...kalau senyum pun x nampak gigi...so entry kali ni exclusive korang nampak babah aku senyum gigi dia nampak...hihihi

ni la pic dorang tanpa aku dan adik aliff....ish...ish....

ni lak kalau nak tau...begini la keadaan adik aku bila dia lapar yang melampau...memang x senonoh betul...hahahaha
tengok muka menyampah dia kasi time ni...hahaha....benci betul tengok bila dia lapar...sakit ati nak layan perangai dia ni...
tapi

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

bila makanan da depan mata...semua dia x sedar...hahahaha....memang makan secara rakus okey ouls...hahahahaha...x tengok kiri kanan okey.....

erm....minum jan x minum...ni konfom makan pedas ni sebab tu la macam ni kejadian....hehehehehe

erm...macam ni la adik aku yang bernama rozyiahwatie afni a.k.a connie...lincah & manja...nak tau satu rahsia gik...dia nangis tau masa my parents balik LD...hahaha...dia memang macam ni dari dulu gik...tiap kali kami semua jumpa dia d KK then bila kami nak balik LD konfom dia akan nangis puas - puas...so jangan tanya sampai bila dia akan berperangai macam ni sebab kami pun tak tau sampai bila dia akan buat perangai tu...hahahaha

have u ever???

pernah ka korang terfikir bila ada sesetengah orang yang tak suka bila ada kelebihan orang lain...kenapa mesti cemburu dengan kelebihan itu??sebolehnya kita gembira kerana kelebihan orang lain itu lah semangat untuk kita mendapatkan lebih dari seseorang yang lain..betul kan???ni la yang berlaku pada aku...baru - baru ni, adalah makhluk Tuhan tu bercakap...ya Allah...sampai rasa nak tercabut jantung aku dibuatnya...sampaikan tahap kemarahan yang memuncak pula aku bila dengar perkara tu diceritakan pada aku...apa salah aku yer???aku buat blog ni hanya untuk berkongsi segala yang aku ada bukan seperti yang dicakap oleh orang tu yang aku ni hanya menunjukkan bertapa riaknya diri aku...ya Allah...kuatkan iman hamba mu ni...


ada kes bila aku di sindir dan di cakap kerana seolah - olah aku bersikap riak..hanya disebabkan aku suka membuat entry berkenaan kegembiraan aku berkongsi bersama rakan - rakan tentang sesuatu perkara...napa perlu bersikap macam tu???macam agnes kata kalau da sakit mata tu membaca entry kamiorang just klik "X" jer...tak susahkan??tak terniat pun dalam hati ni bila sesuatu entry yang di publish itu untuk menunjuk - nunjuk pada orang lain...hello!!!!...come on la...sekarang kan da zaman moden...apa pun bole kita ceritakan pada blog kita sendiri...da nama pun blog tu kita yang punya...


"blog ini Cuma tempat mengisi kekosongan,bila free maka berblog la,dalam berblog pula boleh share information, janganlah fikir apa yang diupload tu sengaja mau tunjuk2….ianya sekadar untuk berkongsi.Kalau pun tak sudi baca Cuma boleh klik X pada hujung skrin…tak susah bukan??????Macam mana mau maju kalau saling jelous kan???so fikir2kanlah………" ni copy dari entry agnes ni...jan marah ya nes...aku copy tak bagitau ko...hehehe


""" tak semestinya orang glamour sahaja yang nak share cerita dorang...
kita pun yg tak femes ni boleh luah apa saja....
tak kira melalui blog,facebook or twitter....
dah namanya skrg alaf 21 teknologi tanpa sempadan....
kan...kan.....hehehehe.....
dalam hidup ni kalau terlalu fikir kan hal orang lain tak bgs juga...
kita tak sedar kita membuang waktu yg sepatutnya kita gunakan untuk perkara yg lebih baik....
kegembiraan orang lain jangan di cemburui sapa tau kehidupan kt sebenarnya juga lebih baik kan...
so just think it....." ni lak copy dari blog ain...hehehehe...setuju sangat - sangat...



bagi aku la kan...daripada mengata orang yang bukan - bukan bagus gik korang yang selalu tak puas hati tu buat blog sendiri untuk diri korang then baru bole menilai orang lain...sebab korang takkan rasa macam mana kami blogger ni rasa bila sesuatu perkara yang kami rasa nak kongsi dipertikaikan...sungguh tak adil okey!!!


so buat semua blogger terutamanya buat kawan - kawan aku, agnes ( davneslove.com ), ain ( purpleain.blogspot.com ) dan nik ( sinta7.blogspot.com ) jangan berhenti daripada berkongsi apa pun kegembiraan korang bersama...abaikan jer orang yang ada sikap cemburu tu...sentiasa aktif berblogging yer korang...buktikan pada orang yang tak mahu melihat kelebihan orang lain itu yang kita mampu...dan buat la kejelesan orang ni sebagai satu gik cabaran buat kita...chayo!!!chayo!!!


buat orang yang tak puas hati ni...
kalau tak nak baca blog kitaorang, kitaorang tak pernah paksa korang baca okey....hahahaha...

Tuesday, November 2, 2010

sesi untuk aku show off

hahahaha...nanti aku kasi tengok korang yer apa ole2 yang my mum dan babah bawa untuk aku masa dorang cuti - cuti mesia aritu okey...;p

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...