rozynn

rozynn

Followers

Search This Blog

precious moment

Daisypath Anniversary tickers

Friday, November 18, 2011

rindunya....

selepas 11 tahun baru kini aku kembali ke sekolah ni...huhuhu..bila melangkah masuk jer ke sekolah ni terus nak rasa emo - emo sikit...hihi..memang over aku ni kan?


terus teringat zaman - zaman muda aku di sekolah ni...kalau la dapat diputar kembali masa kan bagus...masa ni belum lagi berfikir macam mana nak cari kerja yang baik, cari duit sendiri kan?yang aku fikir masa tu hanyalah minta duit dekat orang tua..hihihi...okey...okey jom tengok sekitar sekolah aku ni yer...



ni la kantin sekolah kami...biar pun keadaan macam ni tapi kantin ni la tempat aku mengisi perut aku masa rehat....dasar kuat makan kan.. ni kelas aku yang terakhir sebelum aku abis SPM...hihihi...kelas 5A..rindunya zaman ni...
ni surau sekolah kami...hihi
lorong gelap..hahaha...lorong ke tandas ni..hihihi..
hah...ni buat sapa - sapa jer yang menghadapi masalah disiplin...hihi
ni kelas aku masa aku tingkatan 2 dulu...da banyak berubah da kelas ni...dulu mana ada landskap yang cantik macam ni..hihihi
ni kolam terkenal di sekolah ni...tempat di mana pelajar akan didenda bila da kem motivasi diadakan..hihihi...aku pun da pernah da kena rendam kat kolam ni..hihihi
kalau tak silap aku..ni la kelas pertama aku di sekolah ni...masa tu aku baru masuk tingkatan 1..
ni lak tempat di mana semua pelajar akan berhimpun...aku pernah da menjadi pengerusi majlis untuk perhimpunan..hihi..la masa tu kan aku adalah pengawas disiplin yang tak berapa nak disiplinnya...biasa la kan...darah muda gik masa tu...

ni lak aku amik gambar dari sudut yang lain...kelas aku masa tingkatan 2 dulu...ingat gik nama kelas aku masa tu kelas 2G
ni lak tempat di mana pelajar akan lepak - lepak time ada masa free..nak tengok pertandingan basket ball pun kat sini juga
ni lak lorong nak ke kelas aku masa tingkatan 4 dulu...masa tu kalau tak silap, aku berada di kelas 4A..hihihi
lagi gambar tempat kami lepak - lepak dulu
ni keadaan kelas aku sekarang...dulu masa aku di tingkatan 5 bukan macam ni keadaan kelas ni...da makin cantik da kelas ni...kat kelas ni la aku belajar tentang persahabatan yang tulus...sampai sekarang ni pun suma pelajar yang pernah berada dalam kelas ni dulu masi lagi rapat..thanks uolsss....korang juga la sahabat ( ex- students 5A 2000 ) aku sampai bila - bila...



bila difikirkan balik kan aku rasa aku betul - betul rindukan suasana kami sekelas...macam - macam kami da buat...senangkan ati cikgu malah ada juga kami sakitkan ati cikgu - cikgu kat sekolah ni dulu..hihihi...tapi tanpa mereka mana la ada kami yang sekarang ni kan...suma da berjaya dengan hala tuju masing - masing...hihihi...

p/s : so kawan - kawan ex- student 5A 2000...bila kita nak buat reunion ni??hihihi...rindu ngan korang suma....xoxo

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...