rozynn

rozynn

Followers

Search This Blog

precious moment

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, September 22, 2010

jom kongsi..

hehehe...kali ni aku nak kongsi ilmu tau...tadi aku baca majalah rapi tau...tengok punya tengok terbaca lak info ni...thanks for majalah rapi sebab kongsi info ni ngan kami...bagi sapa - sapa yang tidak atau belum membaca majala rapi ni, jom kongsi ngan aku la info ni yer...
KESAN MENGHISAP JARI
Bayi yang menggunakan botol susu, puting palsu ( pacifier ) atau menghisap jari berkemungkinan terdedah kepada risiko tinggi mendapat gangguan pertuturan apabila dewasa nanti. Para penyelidik kesihatan dari Corporacion de Rehabilitacion Club De Leones Cruz del Sur di Patagonia, Chile dan Universiti Washington, Amerika Syarikat telah menkaji sejumlah 128 orang kanak - kanak. Kanak - kanak berusia di antara 3 - 5 tahun itu tergolong dalam kumpulan yang memiliki amalan menghisap jari. Mereka yang menghisap jari atau menggunakan "pacifier " untuk tempoh melebihi 3 tahun didapati tiga kali ganda menghadapi masalah menyebut sesetengah perkataan apabila memasuki prasekolah.
" Hasil kajian mendapati tabiat menghisap jari atau puting palsu boleh memberi kesan negatif kepada perkembangan pertuturan anak kecil "
so...bagi sapa - sapa la ibu bapa or bakal ibu bapa kena la amik berat sikit pasal hal ni kan???erm...tapi macam mana tu kalau anak memang nak hisap jari gak???huhuhu...sakit kepala aku lak memikirkannya...ahahahaha...

apa pun thanks to Majalah Rapi for this information...thanks a lot...

p/s : kalau nak tau lebih banyak info kesihatan sila la jenguk - jenguk website ni yer rawatankesihatan.com. macam - macam info boleh kita baca kat website ni...

kalau difikirkan kita sekarang ni beruntung sebab dengan hanya menaip d keyboard semua kita dapat...x macam nenek moyang even mak bapak kita dulu kan...nak kan info tentang kesihatan ni punya la susah...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...